Tuesday, July 10, 2007

Atasi Ketakutan Peperiksaan







KEGELISAHAN sering menghantui jiwa pelajar apabila menjelang peperiksaan. Ada yang bersifat positif dan tidak kurang juga yang bersifat negatif.
Ada yang menganggap peperiksaan itu merupakan satu hari yang amat dinanti-nantikan setelah sekian lama melalui proses mengulang kaji. Tetapi tidak kurang juga yang menganggapkan peperiksaan itu sesuatu yang menyeksakan diri, lantas mereka takut kepada peperiksaan.

Oleh itu untuk mengelakkan igauan seperti ini berlaku eloklah kiranya pada kali ini dihuraikan sedikit tentang pengertian dan tanggapan peperiksaan pada diri seseorang pelajar.

Apa itu peperiksaan? Peperiksaan ialah suatu langkah untuk menampilkan kehebatan diri melalui kebolehan yang tersedia ada pada diri setiap individu. Setiap insan yang lahir di dunia ini sudah ada kebolehan masing-masing. Manusia melalui anggota yang dianugerahkan oleh Allah boleh melakukan apa sahaja seperti berjalan, bercakap, menulis, bertanya berfikir dan sebagainya. Setiap kebolehan memerlukan latihan. Tanpa latihan setiap anggota yang ada tidak memberi sebarang makna kepada kita.

Kebolehan pula jika tidak diamalkan atau diuji tidak akan menjadi hebat. Oleh itu kehebatan hanya akan tercapai setelah satu perlakuan ditunjukkan melalui satu bentuk ujian atau peperiksaan berdasarkan kebolehan yang ada.

Berdasarkan huraian yang diberikan di atas, berikut adalah andaian dan tanggapan positif yang harus disematkan di jiwa kita:
* Setiap pelajar sudah ada kebolehan asas.
* Usaha adalah diperlukan untuk menggunakan kebolehan yang ada pada diri kita.
* Setiap usaha akan menempuh cabaran.
* Setiap cabaran memerlukan ketabahan dan pengorbanan
* Ketabahan dan pengorbanan kunci ke arah kejayaan.
* Peperiksaan merupakan satu cabaran yang memerlukan ketabahan dan pengorbanan ke arah mewujudkan kejayaan.
Apakah tindakan yang harus para pelajar lakukan berdasarkan andaian
di atas?
* Tenangkan jiwa dan jangan berputus asa.
* Bayangkan keseronokan yang akan anda peroleh selepas berjaya dalam peperiksaan.
* Anggapkan hari peperiksaan sebagai hari kegembiraan untuk memenuhi harapan diri, ibu dan ayah.
* Anggapkan peperiksaan sebagai hari bermulanya sambutan kejayaan.

"Good Luck To You" - 17th July 2007....ILMU

No comments: