Friday, July 20, 2007

Gaduh Jangan Tak Gaduh




Mengapa budak2 ini perlu menunjukkan kuasa dengan membelasah budak2 lain yang lemah dan tak berdaya dari mereka? Apa sebenarnya yang mereka marahkan sangat? Adakah mereka tidak berpuashati? Adakah mereka ini punyai masa yang terluang untuk berkongsi gelap dan bukannya berkumpul untuk berstudy group? Mungkin mereka ini ingin meninggalkan satu tanda ingatan kepada budak2 junior akan keangkuhan mereka dengan berhavoc dan mencipta sensasi untuk memperkenalkan keagungan sekolah mereka untuk perhatian media. Maka dengan ini sekolah mereka akan dikenali seluruh Malaysia. Naper tak duduk ajer diam2 di asrama dan tumpukan pada pelajaran, bukankah itu tujuan asal duduk di asrama. Bukannyer tujuan aku ini untuk berceramah atau buat orang bosan sebagaimana bosannyer budak2 tu baca buku dan terciptalah minda kreatif yang negetif. Agaknyer itu yang buat mereka nak bergaduh ajer kot.

Bertumbuk ni memang ciri2 maskulin lelaki. Bila dalam keadaan marah, menumbuk boleh dijadikan satu terapi meredakan kemarahan meluap2. Lebih seronok jika ditujukan pada seseorang yang diharap akan memberikan respon daripada menumbuk dinding atau benda yang kaku. Bermula dari satu tumbukan untuk berekreasi (suka2) akan jadi satu pertarungan. Barulah jantan namanyer. Lebih terasa keagungannye apabila disaksikan beramai-ramai, maka mereka ini akan terasa lebih dihormati atau dikenali kejantanannyer. Bila sampai ke pengetahuan sekolah dan polis maka lebih lagilah rasa jantan tersebut tanpa mengetahui implikasi dari tindakan bodoh itu. Biar ini jadi satu urban legend la konon nyer.

Sebenarnyer ini bukan isu baru, dah lama dah,macam dah jadi tradisi bila duduk di asrama. Asalnyer adalah ragging untuk freshie agar mereka tahan dan kuat semangat kat asrama...iyer lah duduk berasingan dari keluarga untuk berdikari, jadi semuanyer kena buat sendirilah. Dari situ lah bermula nyer semua ni, nak tunjuk kuasa oleh si senior. Benda ni berlarutan bila junior jadi senior, mungkin kreativiti mereka lebih dahsyat hingga kes mendera. Masa aku kat asrama dulu kat Seremban pun macam tu lah. Mula2 masuk kena ragging, bila dah senior meragging la plak. Macam tu lah kat junior aku...sampai bila2 pun tak akan sudah. Kes ini bukan saje berlaku kat sekolah berasrama lelaki ajer, yang bercampur lelaki perempuan pun ader. Macam nak tunjuk macho kat gurl2 plak, bahawa mereka lah pelajar lelaki yang perkasa yang dapat melindungi aweks. Rasanyer aweks pun tak teringin mereka yang brutal ni kan? Ade ke aweks yang mahu mereka? Adalah lah jugak, aweks brutal jugak kot?

Padan dengan muka mereka yang kena gantung atau buang sekolah, mengapa tak fikirkan dahulu sebelum buat. Kesian kat makbapak mereka yang selalu beriya-iya pesan setiap kali nak pulang ke asrama "Belajar rajin2,jangan buat perangai tak elok,jaga diri dan jangan lupa solat" lebih kurang macam tulah yang mami aku dok pesan. Selalu nyer masuk tinger kiri kuar tinger kanan. Ntah mengapa jadi macam tuh...agaknyer tak matang lagi kot. Beza plak dengan budak pompuan, mereka ni lebih berazam dari lelaki. Sebab mereka ni matang awal tak? Rasanyer betul tu. Alamak!!!!!tgh dok rancak buat karangan ni terlupa nak selak blog...ader msg dari "sweetie" rugi rugi.... Ok sambung semula syarahan ni....Makbapak kita selalu ingat kita akan jadi orang baik2 dan pandai bila blaja kat asrama ni, itu lah harapan mereka. Tapi yang jadi sebalik nyer,mengapa yer? Salah saper sebenarnyer? Nak salahkan makbapak tak adil lah sebab mereka tak ade kat depan mata, yang jaga kita di asrama adalah warden2. Nak salahkan warden ker? Nanti saper pon tak mau jadik warden tau, so salahkan diri sendiri lah. Kerana bila kita dah duduk kat asrama kenalah ingat segala pesanan makbapak dan peraturan asrama juga sekolah. Sia2 lah dibekalkan buku peraturan kecik tu...bukan free tau kena bayar plak tu.

Ni satu lagi buat senior2, kita jadi tua bukan untuk membuli tapi jadi tauladan. Ingatlah selalu kat luar sana lebih ramai yang lebih kuat dari kita. Kalau dah dibuang sekolah dan nak masuk sekolah lain tentu lebih teruk dikutuk atau perli, silap2 kena gasak dengan bebudak lain. Mereka pun nak tunjuk jugak tahap kesamsengan mereka. Aper ingat engkau ajer samseng ker? Macam tu lah pemikiran mereka selalu....Aper nak jadi ntah. Mentaliti begini sepatutnyer dah dibuang dan tak ader. Mengapa orang kita (Melayu) jadik macam ni...ada darah perwira ni??? Iye tak? Bagus lah kalau ade semangat keperwiraan begini tapi hanya salah tempat ajer kita tunjukkan keperwiraan kita tu. Banyak chanel atau saluran yang betul untuk tunjuk semua tu...masuklah sukan tinju atau tomoi...jangan jadik bahan kena belasah ajer plak...biar kita yang membelasah.Hehehehe....gusti kat sini tak ader tp orang kita suka sangat tengok gusti,mengapa yer tak ditubuhkan kelab gusti untuk budak2 yang suka bergasak ni???? kurang2 bole gak jadi terkenal secara berhemah macam Hulk Hogan....bole jadik orang hijau tau nanti....Ok lah, aper2 pun tak elok bergaduh ni, tambahan pulak tengah belajar, bacalah buku dan lulus periksa dengan skor seceria pelangi...(flying colours)..masuk U, ambil bidang yang boleh membantu orangramai, belajarlah setinggi yang termampu. Kalau tak mampu ambillah bidang teknikal yang punyai masadepan umpama bidang robotik...boleh buat robot yang pandai berperang...hehehe tak perlu suroh orang jadik askar...cian kat askar2 tau kena tembak menembak.sakit tau!!!!!






Panjang dah rasanyer ni...jadi mari lah kita buang attitude yang suka bergaduh ni, buat lah sesuatu yang membanggakan makbapak. Kureng2 bila nanti generasi anak2 kita nak masuk asrama kita akan rasa selamat dan bangga. Sampai bila kita nak tunjuk terror macam tu? Tak ader faedahnyer pon. Sengsara, malu, sakit tinger(kena bebel dgn makbapak), rekod dicatat "Tak Baik" dalam sijil berhenti sekolah dan mungkin masadepan kita kelam. Buang masa aje kalu kita bermuzakarah nak cari sebab musabab mengapa bebudak ni suka nak bergaduh. Ape yang perlu adalah kesedaran dalam diri serta tahu matlamat hidup. Bagaimana nak terapkan semua ni? Kan kat tiap sekolah ada guru kaunselling (bukan buat direct selling kan cikgu?)..Gunakan lah kepakaran mereka ini semaksimum mungkin. Gaji mereka mahal tau sebab ade elaun khas pakar...betul ntah? Iye tu....semak tengoookkk...baru naik gaji kan...ujong bulan ni semua dapat skel gaji baru, senyum melebar....Berbalik pada guru kaunseling atau kaunselor ni, elok lah buat aktiviti selalu, jangan bagi kaunseling bila ada masalah ajer..Bukankah prevention is better then cure...kata omputeh la kan...atau wajibkan amik matapelajaran Tawassur????aper sweetie cakap ari tu????ohhh TASSAWUR...yang berkaitan dengan kaunseling jgk kan...ala2 ilmu sivik la kot. Macam tu lah kot ape yang aku fikirkan...ntah boleh pakai ke tak idea ni...sama2 kita fikirkan.

No comments: