Thursday, August 30, 2007

Merdeka Merdeka Merdeka !!!!!!!!!!!



Tanggal 31 bulan lapan 57...merdeka merdeka merdeka..... semua rakyat jelata Malaya waktu itu telah diberikan kemerdekaan oleh pihak British yang menjajah Malaya waktu itu. Semuanya itu adalah hasil usaha gabungan rakyat Malaya yang waktu itu amat dahagakan kemerdekaan dari penjajahan. Gabungan ini diketuai oleh YAM Perdana Menteri Pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, yang lebih dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan.
Kini Malaysia telah diterajui oleh 5 orang Perdana Menteri yang kesemuanya telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan kita. Kini setelah 50 tahun kita merdeka dari penjajahan, apakah erti kemerdekaan tersebut kita fahami dan dalami? Tentu masih ada yang tidak dapat memahami dan mendalami erti kemerdekaan itu. Bagi generasi tua, mereka telah membuka laluan baru untuk generasi muda setelah berhempas pulas memperolehi kemerdekaan dari penjajah. Jelas pengorbanan mereka tiada nilai nya. Jesteru itu, generasi muda wajar lah menghormati mereka yang telah berjuang untuk mendapatkan kita kemerdekaan ini. Sempena hari kemerdekaan ini mari lah kita bersama-sama meraikannya dengan mengucapkan TERIMA KASIH kepada generasi tua ini.
Apakah cara yang paling sesuai untuk ucapkan penghargaan ini? Adakah cukup dengan ungkapan terima kasih? Rasanya tidak memadai begitu. Maka bagaimanakah caranya? Ucaplah terima kasih dengan memastikan kemerdekaan ini benar-benar dalam erti merdeka. Iaitu memerdekakan diri dari belenggu penjajahan moden ( minda dan budaya). Tidak ada gunanya merdeka jika diri kita terus dibelenggu dengan penjajahan minda dan budaya yang tidak sesuai dan sepadan dengan kita. Sampai bila kita harus bergantung kepada orang lain? Merdekakan diri kita dari mengharapkan penggantungan dari orang lain. Hingga bilakah kita akan terus dibebankan? Bebaskan diri dari belenggu hutang dan bebanan kewangan. Berjimat cermat dan punyai sikap menabung akan mengikis kita dari bebanan hutang kewangan. Berhemah dalam perbelanjaan adalah suatu sikap terpuji.
Bebaskan mentaliti negetif yang sering buat kita terhalang untuk mencapai kemajuan diri. Boleh kah? Mampukah? Susahkah?....itu perkataan yang sering menghambat atau membataskan diri kita dari melakukan sesuatu perkara ke arah memajukan diri. Muasabah diri, kenali kekuatan dan kekurangan diri dapat membantu kita untuk ke arah kemajuan. Sering ingat, tanpa usaha tidak akan ada kejayaan. Untuk adik-adik yang masih di peringkat persekolahan dan pengajian, usah difikirkan sangat akan kepayahan untuk hadapi peperiksaan, usaha dan terus berusaha. Jika gagal sekarang tidak bermakna kita akan gagal hingga ke akhirnya. Sentiasa lah pupuk diri untuk mencapai kejayaan.Masa depan kita hanya kita sendiri yang rencanakan. Ketetapan yang maha Esa usah dipertikaikan, kerana setiap ciptaanNya telah disediakan sumber rezeki sendiri. Janganlah hanya menangisi diri jika tidak berjaya, ruang dan masa masih ada, gunakanlah semua peluang yang ada, pastinya di hujung nanti cahaya kegembiraan kita temui.
Semuga dengan kehadiran hari kemerdekaan ini, sambutlah dengan rasa kesyukuran kerana kita bebas untuk merencanakan perjalanan hidup kita tanpa sekatan atau kawalan pihak lain. Ucapkan lah terima kasih kita dengan benar-benar hayati erti kemerdekaan ini dengan minda yang terbuka. Sorakkanlah MERDEKA MERDEKA MERDEKA.....
Bonda senyum riang Menerima bahtera Merdeka Putra putri sayang Putra putri sayang Sedang berjuang Fajar telah tiba Nan menyinsing membawa harapan Tanah Semenanjung Tanah Semenanjung Pusaka Bangsa Jiwa dan raga Buktikanlah pada nusa bangsa Supaya negara maju jaya Aman Merdeka Duhai ibu pertiwi Putra putri datang sujud bakti Ingin menunaikan Ingin menunaikan Sumpah dan janji

No comments: