
Tetapi bayangkan rupa bentuk yang sama seperti komet, tetapi mempunyai saiz yang jauh lebih besar, dan saiz 'ekor'nya boleh mencapai hampir 13 Tahun Cahaya panjangnya, atau 20,000 kali ganda jarak purata Matahari-Pluto!!Dan ia bukannya sebuah komet, tetapi ia datang daripada sebuah bintang! Bintang itu ialah Mira!! (lihat foto yang diambil oleh satelit GALEX)Penemuan mengejutkan ini telah diumumkan (pada 15 Ogos 2007 ) oleh penyelidik astronomi yang menggunakan sebuah teleskop NASA bernama, Galaxy Evolution Explorer atau GALEX. Teleskop GALEX meninjau langit pada julat cahaya Ultraviolet, dan apabila ia tinjau arah bintang Mira, ia telah merakam sebuah kejadian yang belum pernah dilihat mengelilingi sebuah bintang!Mira, ialah sebuah bintang gergasi merah dan juga bintang variable (iaitu berubah-ubah kecerahannya dalam tempoh tertentu) dan terletak pada jarak 418 Tahun Cahaya dari Bumi. Ia dikelilingi oleh sebuah bintang kecil (white dwarf) yang dipanggil Mira B, yang beredar keliling Mira A setiap lebih kurang 400 tahun.
Bintang ini cukup popular dan sering dicerap oleh peminat astronomi, amatur mahupun professional. Penemuan baru ke atas sebuah objek sepopular Mira cukup mengejutkan, dan membuktikan masih banyak lagi perkara yang kita tidak tahu walaupun pada kasarnya kita sudah mengetahui sesuatu objek dengan begitu lama sekali.Berbalik kepada cerita ekor Mira ini, saintis masih belum tahu kenapa ia terjadi demikian. Besar kemungkinan ekor itu terhasil apabila Mira membuang (kentut) sebahagian daripada gas-gasnya ke angkasa. Dan ia ditambah pula dengan kelajuan bintang ini merentasi angkasalepas. Berbanding dengan bintang gergasi merah yang lain, Mira bergerak begitu laju iaitu sekitar 130km sesaat!!

Sumber: http://science.nasa.gov/headlines/y2007/15aug_mira.htm
No comments:
Post a Comment