Thursday, August 30, 2007

Merdeka Merdeka Merdeka !!!!!!!!!!!



Tanggal 31 bulan lapan 57...merdeka merdeka merdeka..... semua rakyat jelata Malaya waktu itu telah diberikan kemerdekaan oleh pihak British yang menjajah Malaya waktu itu. Semuanya itu adalah hasil usaha gabungan rakyat Malaya yang waktu itu amat dahagakan kemerdekaan dari penjajahan. Gabungan ini diketuai oleh YAM Perdana Menteri Pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, yang lebih dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan.
Kini Malaysia telah diterajui oleh 5 orang Perdana Menteri yang kesemuanya telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan kita. Kini setelah 50 tahun kita merdeka dari penjajahan, apakah erti kemerdekaan tersebut kita fahami dan dalami? Tentu masih ada yang tidak dapat memahami dan mendalami erti kemerdekaan itu. Bagi generasi tua, mereka telah membuka laluan baru untuk generasi muda setelah berhempas pulas memperolehi kemerdekaan dari penjajah. Jelas pengorbanan mereka tiada nilai nya. Jesteru itu, generasi muda wajar lah menghormati mereka yang telah berjuang untuk mendapatkan kita kemerdekaan ini. Sempena hari kemerdekaan ini mari lah kita bersama-sama meraikannya dengan mengucapkan TERIMA KASIH kepada generasi tua ini.
Apakah cara yang paling sesuai untuk ucapkan penghargaan ini? Adakah cukup dengan ungkapan terima kasih? Rasanya tidak memadai begitu. Maka bagaimanakah caranya? Ucaplah terima kasih dengan memastikan kemerdekaan ini benar-benar dalam erti merdeka. Iaitu memerdekakan diri dari belenggu penjajahan moden ( minda dan budaya). Tidak ada gunanya merdeka jika diri kita terus dibelenggu dengan penjajahan minda dan budaya yang tidak sesuai dan sepadan dengan kita. Sampai bila kita harus bergantung kepada orang lain? Merdekakan diri kita dari mengharapkan penggantungan dari orang lain. Hingga bilakah kita akan terus dibebankan? Bebaskan diri dari belenggu hutang dan bebanan kewangan. Berjimat cermat dan punyai sikap menabung akan mengikis kita dari bebanan hutang kewangan. Berhemah dalam perbelanjaan adalah suatu sikap terpuji.
Bebaskan mentaliti negetif yang sering buat kita terhalang untuk mencapai kemajuan diri. Boleh kah? Mampukah? Susahkah?....itu perkataan yang sering menghambat atau membataskan diri kita dari melakukan sesuatu perkara ke arah memajukan diri. Muasabah diri, kenali kekuatan dan kekurangan diri dapat membantu kita untuk ke arah kemajuan. Sering ingat, tanpa usaha tidak akan ada kejayaan. Untuk adik-adik yang masih di peringkat persekolahan dan pengajian, usah difikirkan sangat akan kepayahan untuk hadapi peperiksaan, usaha dan terus berusaha. Jika gagal sekarang tidak bermakna kita akan gagal hingga ke akhirnya. Sentiasa lah pupuk diri untuk mencapai kejayaan.Masa depan kita hanya kita sendiri yang rencanakan. Ketetapan yang maha Esa usah dipertikaikan, kerana setiap ciptaanNya telah disediakan sumber rezeki sendiri. Janganlah hanya menangisi diri jika tidak berjaya, ruang dan masa masih ada, gunakanlah semua peluang yang ada, pastinya di hujung nanti cahaya kegembiraan kita temui.
Semuga dengan kehadiran hari kemerdekaan ini, sambutlah dengan rasa kesyukuran kerana kita bebas untuk merencanakan perjalanan hidup kita tanpa sekatan atau kawalan pihak lain. Ucapkan lah terima kasih kita dengan benar-benar hayati erti kemerdekaan ini dengan minda yang terbuka. Sorakkanlah MERDEKA MERDEKA MERDEKA.....
Bonda senyum riang Menerima bahtera Merdeka Putra putri sayang Putra putri sayang Sedang berjuang Fajar telah tiba Nan menyinsing membawa harapan Tanah Semenanjung Tanah Semenanjung Pusaka Bangsa Jiwa dan raga Buktikanlah pada nusa bangsa Supaya negara maju jaya Aman Merdeka Duhai ibu pertiwi Putra putri datang sujud bakti Ingin menunaikan Ingin menunaikan Sumpah dan janji

Tuesday, August 28, 2007

Solat Sunat Gerhana Bulan/Matahari

Kita sebagai umat Islam sudah tentunya percaya apa yang berlaku di alam semesta ini adalah di dalam kuasa dan kehendak ALLAH SWT. Maka apabila berlakunya sesuatu itu umpamanya gerhana bulan atau matahari, marilah kita meraikannya dengan melakukan solat sunat sebagai tanda kesyukuran akan kebesaran Illahi ini. Cara-cara dan langkah-langkah untuk menunaikan kewajipan ini adalah seperti berikut:-

Layarilah laman web berikut - http://mufti.perak.gov.my/falak/artikel/kaedahsolatgerhana.doc

Semuga segala usaha kita ini akan diberkati oleh Nya...selamat bersolat.

Bintang MIRA.....or SaMyra ?

Tengah giler pasal astronomi kali nie.....so citer sket ler pasai bintang2.Slalu dok tgk tv astro aje.

Kita selalu melihat menerusi gambar-gambar bagaimana cantik ekor sebuah komet, apabila ia melintasi berhampiran dengan matahari. Ekor komet ini terhasil apabila gas-gas pada permukaannya terpeluwap, akibat suhu yang meningkatkan apabila ia semakin hampir dengan matahari, membentuk suatu lapisan gas seolah-olah selapis atmosfera, yang dipanggil koma. Kemudian, hasil daripada angin suria yang datang daripada matahari, gas-gas ini akan ditiup ke belakang dari kepala komet tersebut membentuk ekor.Nuklues atau kepala komet ini merupakan ketulan batu, debu dan ais sebesar 50 km sahaja, namun saiz komanya boleh mencapai saiz sebesar matahari, dan panjang ekor sesebuah komet boleh mencapai sepanjang 1 A.U. (iaitu jarak matahari-bumi) !Itu baru komet!
Tetapi bayangkan rupa bentuk yang sama seperti komet, tetapi mempunyai saiz yang jauh lebih besar, dan saiz 'ekor'nya boleh mencapai hampir 13 Tahun Cahaya panjangnya, atau 20,000 kali ganda jarak purata Matahari-Pluto!!Dan ia bukannya sebuah komet, tetapi ia datang daripada sebuah bintang! Bintang itu ialah Mira!! (lihat foto yang diambil oleh satelit GALEX)Penemuan mengejutkan ini telah diumumkan (pada 15 Ogos 2007 ) oleh penyelidik astronomi yang menggunakan sebuah teleskop NASA bernama, Galaxy Evolution Explorer atau GALEX. Teleskop GALEX meninjau langit pada julat cahaya Ultraviolet, dan apabila ia tinjau arah bintang Mira, ia telah merakam sebuah kejadian yang belum pernah dilihat mengelilingi sebuah bintang!Mira, ialah sebuah bintang gergasi merah dan juga bintang variable (iaitu berubah-ubah kecerahannya dalam tempoh tertentu) dan terletak pada jarak 418 Tahun Cahaya dari Bumi. Ia dikelilingi oleh sebuah bintang kecil (white dwarf) yang dipanggil Mira B, yang beredar keliling Mira A setiap lebih kurang 400 tahun.
Bintang ini cukup popular dan sering dicerap oleh peminat astronomi, amatur mahupun professional. Penemuan baru ke atas sebuah objek sepopular Mira cukup mengejutkan, dan membuktikan masih banyak lagi perkara yang kita tidak tahu walaupun pada kasarnya kita sudah mengetahui sesuatu objek dengan begitu lama sekali.Berbalik kepada cerita ekor Mira ini, saintis masih belum tahu kenapa ia terjadi demikian. Besar kemungkinan ekor itu terhasil apabila Mira membuang (kentut) sebahagian daripada gas-gasnya ke angkasa. Dan ia ditambah pula dengan kelajuan bintang ini merentasi angkasalepas. Berbanding dengan bintang gergasi merah yang lain, Mira bergerak begitu laju iaitu sekitar 130km sesaat!!
Ekor Mira ini hanya bersinar pada cahaya ultraviolet. Oleh sebab itu baru sekarang apabila GALEX meneropongnya, barulah para saintis tahu akan kewujudan sebuah struktur yang tidak pernah difikir keluar daripada sebuah bintang yang sudah dikaji selama lebih 400 tahun!!Subhanallah!!
Sumber: http://science.nasa.gov/headlines/y2007/15aug_mira.htm

Gerhana Bulan 28hb Ogos 2007(15 Syaaban 1428H)

Gerhana Bulan Penuh akan sekali lagi berlaku pada petang 28 Ogos 2007 ini. Berlawanan dengan gerhana yang berlaku pada Mac lalu, di mana Bulan betul-betul di dalam fasa gelap ketika ia terbenam di ufuk barat, kali ini ia berada dalam fasa gelap (totality) ketika ia terbit di ufuk timur pula.Maklumat yang didapati dari laman web Unit Falak UDM, fasa penuh akan dapat dihayati dengan lebih lama oleh pencerap di Sabah dan Sarawak, manakala di Semenanjung, Bulan mula keluar dari fasa gelapnya pada 7.20 PM, iaitu ketika ia masih begitu hampir dengan ufuk.

Kiraan dari perisian Skymap Pro mendapati maklumat berikut:

Circumstances of the Eclipse

Moon enters penumbra:2007 Aug 28 15:52:00
Moon enters umbra: 2007 Aug 28 16:50:46

Start of totality: 2007 Aug 28 17:51:50

Maximum eclipse: 2007 Aug 28 18:37:12

End of totality: 2007 Aug 28 19:22:34

Moon leaves umbra: 2007 Aug 28 20:23:39

Moon leaves penumbra: 2007 Aug 28 21:22:18

Oleh itu, jelas menunjukkan di Malaysia, walaupun gerhana kelihatan, tetapi kita hanya berpeluang menyaksikan separuh masa kedua gerhana tersebut.
Sekali lagi, saya sarankan agar sesiapa yang mempunyai kamera digital atau videocam, ambillah gambar foto atau video gerhana ini sebagai satu usaha untuk mengabadikan suatu fenomena dan bukti jelas kekuasaan Allah SWT.

Friday, August 17, 2007

“Biarlah Pak Long mati di sini’’

DUA minggu lepas saya mengikut seorang teman ke sebuah rumah kebajikan warga emas untuk memberi sumbangan makanan dan keperluan harian.
Sebaik sampai, teman saya terus masuk bertemu penjaga rumah berkenaan bagi menyampaikan hajatnya sementara saya menunggu di luar sambil meninjau suasana sekeliling.
Dalam memerhati, mata saya terpaku kepada seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang duduk termenung di sebuah bangku panjang di bawah sebatang pokok berhampiran surau rumah kebajikan itu.
Melihat tingkahnya, bagaikan ada tarikan besi berani untuk saya mendekatinya. Tanpa disedari kaki terus melangkah, sepuluh langkah berjalan, saya sudah tegak di hadapannya. Nyata lelaki itu terkejut dengan kemunculan saya.
“Apa khabar pak cik, termenung jauh nampaknya. Ingatkan siapa?’’ sapa saya.
Untuk seketika dia terpinga-pinga tetapi menyambut salam saya dan menjemput saya duduk di sebelahnya.
“Anak dari mana, apa hal datang ke sini?’’ tanyanya lembut.
“Saya menemani kawan hantar sumbangan... dia ada dalam sana,’’ jawab saya sambil menuding ke arah pejabat. Saya bertanyakan namanya.
“Panggil Pak Long saja... semua orang di sini panggil dengan nama itu,’’ balasnya ramah.
Kami mula berbual dan saya memberanikan diri untuk terus mengajukan soalan tentang kehidupan Pak Long untuk dikongsi dengan pembaca.
Kata Pak Long dia mempunyai tiga orang anak, seorang lelaki dan dua perempuan. Kesemuanya lulusan universiti dan memegang jawatan tinggi. Mereka juga sudah berumah tangga. Sayangnya, ilmu tinggi yang mereka miliki tidak termasuk ilmu untuk berbakti kepada ibu bapa. Sudahnya Pak Long ditinggalkan.
“Pak Long semakin kesepian setelah kematian isteri lebih kurang 10 tahun lalu. Sejak ibu mereka tidak ada, anak-anak semakin tidak mengambil berat hal Pak Long.
“Kalau semasa hayat ibu mereka, sebulan dua kali mereka balik tapi bila arwah tidak ada, dua tiga bulan sekali pun payah. Tapi Pak Long tidak pernah merungut kerana faham mungkin masing-masing sibuk.
“Pak Long datang ke sini secara sukarela, tiada siapa memaksa. Walau ada saudara mara tapi Pak Long tidak mahu membebankan mereka. Biarlah Pak Long hidup di sini, tenang menghadapi hari tua.
“Pak Long tidak malu hidup Pak Long berakhir di sini. Buat apa nak malu, memang sudah takdir Pak Long. Tuhan dah susun hidup Pak Long akan berakhir di sini, Pak Long reda. Di sini Pak Long boleh buat apa yang Pak Long suka, beramal ibadat, bercucuk tanam, bertukang dan beriadah ikut kemampuan dan tenaga.
“Di sini bukan Pak Long seorang saja yang nasib macam ini, ramai lagi. Semua ditinggalkan anak-anak dan keluarga. Dah tak sedih lagi. Kita kena terima qadak dan qadar,’’ kata Pak Long.
Saya merenung wajah Pak Long yang suram. Biarpun dia tersenyum tapi saya tahu jauh di sudut hatinya, Pak Long amat sedih dan kecewa dengan sikap anak-anaknya.
Menyingkap perasaannya, saya mengajukan soalan sama ada anak-anak ada datang menjenguk.
Dia merenung muka saya kemudian menggelengkan kepala perlahan-lahan. Daripada senyumannya yang suram saya sudah dapat mengagak jawapannya.
Tekaan saya tepat kerana sejak masuk ke rumah kebajikan itu lebih kurang setahun lalu sekali pun anak-anak tidak datang menjenguk.
“Agaknya mereka malu dan bimbang orang kenal,’’ kata Pak Long sayu. Saya memujuk dengan memintanya bertenang dan bersabar.
“Sepatutnya apabila Pak Long memilih untuk ke sini, Pak Long perlu lupakan kesedihan, yakin diri dan bina hidup baru. Buat apa nak ingatkan yang sedih-sedih.
“Kat sini Pak Long ramai kawan. Tengok, mereka semua sedang menunggu Pak Long untuk berkebun..,” kata saya memujuk.
Pak Long tersenyum. “Tak sama dengan adanya anak-anak dan keluarga sendiri.’’ sambungnya perlahan.
Saya terkedu dengan kata-katanya. Apa lagi yang mampu saya katakan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitu agaknya naluri Pak Long ketika ini. Sesekali Pak Long menarik nafas. Tangannya pula ligat bermain dengan tasbih.
“Pak long tidak kesal datang ke sini. Tapi Pak Long kecewa dengan sikap anak-anak. Kalau seorang buat hal memang lumrah tapi kalau kesemua anak tidak ambil tahu hal kita sebagai orang tua, apa maknanya. Anak jenis apa mereka itu semua?
“Pada hal ketika kecil mereka kita tatang. Kerja siang malam cari duit nak besarkan mereka, nak bagi makan minum, beli peralatan sekolah dan macam-macam.
Menderita
“Bila remaja hantar belajar ke asrama, masuk universiti, luar dan dalam negeri. Sudahnya inilah nasib Pak Long. Tapi nak kata apa, kena reda. Tapi Pak Long tak pernah kesal malah bersyukur sebab mereka semua berjaya dan hidup bahagia. Biarlah Pak Long yang menderita.
“Pak Long gembira kerana arwah mak mereka tidak ikut sama berkongsi derita yang Pak Long tanggung kerana perbuatan mereka. Kalau tidak tentu dia merana kalau diperlakukan begini,’’ rintih Pak Long.
Wajah cengkung Pak Long saya tenung lama. Garis-garis halus yang berbelit-belit jelas kelihatan. Pipinya yang kendur hanya tinggal tulang. Tapi wajahnya tetap berseri-seri terutama kala menyebut arwah isterinya.
Air mukanya jernih dan menyenangkan. Tidak hairan kenapa Pak Long menjadi idola di rumah kebajikan tersebut.
Sejam berbual tidak menjemukan, tak sedar hari hampir Maghrib. Banyak yang saya bongkar daripada Pak Long. Serentak dengan itu, pengetua rumah kebajikan memberi salam melalui corong pembesar suara dan meminta semua penghuni masuk.
Saya nampak si pengetua melambai-lambaikan tangannya ke arah Pak Long.
“Maaf la nak.. Pak Long kena pergi surau, nak azan...terima kasih kerana sudi mendengar cerita Pak Long,’’ katanya tenang.
Saya menghulurkan tangan. Terasa hangat genggaman Pak Long. Tiba-tiba saya menjadi sebak, agakya begitu juga panasnya rindu Pak Long kepada anak-anaknya. Tapi di mana mereka? Tidakkah mereka teringatkan ayah yang dipinggirkan ini?.
Lalu teringat saya akan kata-kata Pak Long. Dia tidak mahu anak-anaknya tahu di mana dia berada. Nombor telefon mereka juga dia tidak simpan.
Ertinya Pak Long masuk ke situ tanpa pewaris. Hanya pesanan kepada yang menguruskan rumah tersebut jika dia memejam mata dalam masa terdekat uruskan pengkebumiannya segera, jangan tunggu anak-anaknya.
Sebak di dada saya semakin menebal. Kala Pak Long bergerak meninggalkan bangku kayu yang kami duduk dengan langkah yang perlahan, air mata saya mula menitis. Teramat hiba hati saya...
Sebaik sampai di pintu utama blok kediaman, Pak Long menoleh dan melambaikan tangannya sambil tersenyum. Saya masih memandang Pak Long kala teman saya memegang bahu saya dari belakang.
“Tu lah... aku dah kata mesti menangis punya. Itu baru satu kes, ada macam-macam lagi di sini. Kalau nak siasat, seribu satu malam pun tak habis,’’ katanya sambil tersenyum.
Kami berjalan ke kereta. Mata saya masih memandang Pak Long. Saya membalas lambaiannya sambil menghidupkan enjin kereta dan berlalu.
Tak sanggup rasanya melihat lambaian itu lebih lama. Saya terperangkap dengan perasaan sendiri. Dalam hati saya berdoa, semoga hidup Pak Long sentiasa dalam peliharaan Allah sehingga dia menutup mata.
Penutup kata sambil mengingatkan diri saya dan juga anda semua, ingin saya lontarkan satu soalan, apakah cukup bakti yang telah kita lakukan kepada ibu bapa kita setakat ini? Jika tidak, apakah yang harus kita lakukan untuk membahagiakan mereka sebelum mereka dijemput Ilahi?

Tuesday, August 7, 2007

Kebesaran Pencipta Alam

Click the x to see the video attached

Yesterday (06th August 2007), a pale cloud covered the whole sky, a excellent solar halo was appeared surrounding the sun perfectly. The solar halo is an atmospheric optical phenomenon that can be seen unexpectedly frequently for example when the weather is changing for the worse. The halo has a radius of about 22 degrees, and sometimes it's called "inner halo" or "22 degrees-halo".When the hexagonal ice crystals are distributed at random in higher sky, the refracting angle of sunlight that enters and exits the side planes of the crystal as the figure shown is equivalent to about 22 degrees. Because ice crystals are facing various directions and floating in the sky, we can observe the refracted sunlight as a circle of light with a radius of 22 degrees. Actually the solar halo has one more kind that appears at the position of 46 degrees in radius called "outer halo" or "46 degrees-halo". The outer halo appears by sunlight that enters the vertical prism face and exits at bottom basal plane (or reverse) of ice crystal. But the halo looks extraordinary dimmed so we can hardly observe.
Solar halo muncul lagi di utara Semenanjung

Setelah kewujudannya menarik perhatian umum pada Mac lalu, solar halo atau fenomena lingkaran seakan-akan pelangi mengelilingi matahari muncul lagi hari ini di beberapa negeri utara Semenanjung.
Fenomena menakjubkan selama lebih dua jam itu bermula pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Pegawai Jabatan Meteorologi Pulau Pinang, Zamuna Zainal ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan fenomena itu adalah kejadian yang sama pernah berlaku pada 21 Mac lalu.
Beliau berkata, ia terjadi apabila kandungan jutaan hablur atau kristal ais berbentuk heksagon di atmosfera terbias pada cahaya matahari sehingga membentuk beberapa segmen cahaya berlainan.
‘‘Memang menarik dapat menyaksikan fenomena solar halo lebih dua kali dalam setahun tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa bergantung kepada kedudukan hablur atau kristal ais di atmosfera.
‘‘Hablur ais ini biasanya terdapat dalam awan tinggi di atmosfera yang akan membentuk lingkaran dikenali halo jika berada pada kedudukan yang tepat sewaktu membiaskan cahaya matahari,” katanya.
Fenomena solar halo dikesan berlaku selama kira-kira 15 minit pada 21 Mac lalu dan ia dapat dilihat di seluruh Pulau Pinang.
Seminggu kemudian, kejadian yang hampir sama berlaku lagi tetapi pada waktu malam melibatkan lingkaran mengelilingi bulan dikenali sebagai fenomena lunar halo.
Zamuna berkata, halo yang dilihat melingkari matahari atau bulan hasil biasan cahaya akan menyebabkan lingkaran bahagian dalam berhampiran matahari atau bulan berwarna kemerahan manakala di bahagian luar berwarna ungu.