Monday, November 23, 2009

Musim Cuti Akan Lebih Bermakna Jika....


Assalamualaikum wrt.
Semoga semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu. =)
Tulisan seorang teman dari Moscow, moga dapat bersama dimanfaatkan.
(Ditulis di atas soalan seorang sahabat (“Kenapa orang yang belum Islam lebih berjaya dari orang islam? “)
Mengimbas masa lalu…
“Pernah dengar cerita tikus kampung dan tikus bandar? ““Tak pernah.Mak tau ke?”“Mestila mak tau. Biar mak cerita, Aimi dengar betul-betul ya..,”“Ada seekor tikus yang tinggal di kawasan kampung…,”“Mak..tikus cuma ada dekat Malaysia je ke?,”“Taklah, semua negara ada tikus,”“Dekat negara musim sejuk?,”“Pun ada tikus juga..,”“Macam mana tikus tu hidup?,”“Setiap kali seelum musim sejuk tiba, tikus-tikus ni akan keluar mencari makanan dan diorang cari banyak-banyak supaya masa musim sejuk diorang tak kelaparan,”“Oo jadi masa musim sejuk dia dah tak keluar la?,”“Tak, sebab dia dah bersedia. Nanti kalau keluar nanti dia akan mati kesejukan,”“Wah, pandainya tikus tu,”“Sebab tu masa Aimi senang kena beringat untuk masa susah akan datang,”
***
Dan cerita tentang tikus kampung dan tikus bandar tidak sempat diceritakan.Saya cuma mengetahuinya dari sebuah buku yang dipinjam dari kawan.
Musim cuti sudah bermula,dan musim periksa sudah berakhir.Dan musim cuti ini bakal berakhir dan digantikan dengan musim semester baru yang juga akan berakhir dengan musim peperiksaan dan seterusnya.Ya, inilah hidup seorang pelajar.Sehinggalah bila ada segulung ijazah ditangan, musim periksa belum berakhir lagi, ya, tidak berakhir.Mungkin tidak diduduki secara ‘formal’ tetapi ‘periksa’ dan ‘ujian’ dari kehidupan sebenar pula.Dan cabaran ini lebih hebat.Kerana menentukan kegagalan dan keberjayaan dalam hidup, dalam lingkungan masyarakat.
Dan musim periksa yang berakhir memperlihatkan saya dengan pelbagai reaksi dari rakan-rakan. Ada yang gembira, ada yang sedih, tidak kurang juga ada yang tidak rasa apa-apa, sekadar lepas sudah kira beruntung.
Bagi mereka yang benar-benar berusaha dan tidak berjaya, tidak mengapa.Masanya belum tiba.Percayalah dan yakini DIA. Hidup bukan di sini sahaja, dan DIa leih tahu dari kita. Dan bagi yang rasa cukup dengan markah yang ada, dan berasa selesa di takuk lama, sampai bila mahu begitu? sudah tiba masa untuk berusaha lebih sedikit.Untuk berkorban masa bermain.Dan bagi mereka yang berjaya, tahniah, dan kejayaan bukan sekadar satu nkmat untuk disyukuri, tetapi juga ujian untuk diingati.
Kata seorang rakan, ini Russia, tidak boleh diukur melalui tinggi rendahnya nilai markah, sekadar bergantung nasib soalan yang baik, guru yang pemurah.Bagi yang bernasib baik sedikit, mudahnya mereka melalui, dan bagi yang kurang bernasib baik, terkena guru yang sedikit cemis, gelap dan tekanan sungguh rasa dewan periksa.
Kata seorang rakan lain, ini Russia, pasti akan ‘pass’ dalam exam. Sekali mungkin tidak lepas, atau dua kali, tapi masuk kali ketiga ‘confirm’ markah 3 diberi percuma.Ya.saya pernah juga dengar dari senior.
Memang tiada tekanan di sini. Di sini bukan ‘exam oriented’. kamu mahu atau tidak mahu belajar sahaja.Markah di buku sekadar penilaian mata kasar, tapi yang perlu, ilmu itu, ilmu yang kamu pelajari itu, masukkah di dalam dada?, berkatkah untuk bertahan lama untuk dibawa ke ‘periksa’ nanti?
Nah, semua orang mahu berjaya.Tapi bukan semua yang berjaya betul-betul mahu berusaha.
Dan musim cuti yang bermula ini, tidak salah kiranya, dibelek dibawa bersama nota-nota lecture. Musim cuti bukan bermakna berhenti dan bercuti dari membaca, tetapi bermakna adalah musim untuk bersedia, bersedia untuk periksa yang seterusnya.
Dan bila semester baru dibuka, sebelum rasa sengsara dan tekanan membaca ketika masa periksa apa lah salahnya jika masa hujung minggu itu, digunakan untuk membaca dan membuat nota-nota. Bukankah antara ciri-ciri orang yang berjaya adalah orang yang meninggalkan perkara sia-sia?
Dan ALLAH menciptakan makhluknya bukanlah sekadar untuk bermain-main.
***
Ayuh kawan-kawan,jangan terpedaya dengan warna dan haruman musim bunga,kerana kau harus mengutip bekalanuntuk musim dingin,Agar nanti bila angin kencang ertiupkau dapat berdiri teguh merentang angin.
Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.
Surah Muhammad, 47:36.
Wallahu a’lam.

Monday, September 14, 2009

Selamat HariRaya AidilFitri

Sepuluh jari disusun....kemaafan dipohon...salah dan silap harap dimaafkan...termakan terminum harap dihalalkan...MAAF ZAHIR BATIN....lagu raya pilihan di sini

Friday, June 26, 2009

Untuk Yang Akan Bergelar Mahasiswa/Mahasiswi

Mulai dari besok (27hb Jun 2009) hingga Ahad (28hb Jun 2009) akan bermulalah sesi pengajian 2009. Maka mulai dari hari itu bermula lah hari baru untuk lepasan sekolah yang berjaya melanjutkan pengajian di berbagai tempat di IPTA tempatan. Mereka ini bakal bergelar mahasiswa/mahasiswi.

SEJUMLAH 128,295 tempat untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti bagi sesi Julai 2009 ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Jumlah tersebut bersamaan dengan 32 peratus daripada sejumlah 400,996 permohonan bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda, program diploma dan sijil.
Ini bermakna 68 peratus atau 272,701 calon yang gagal mendapat tempat perlu mencari alternatif lain seperti kolej swasta atau mencuba nasib mencari pekerjaan.
Lazimnya dalam saat begini, ibu bapa adalah orang yang paling sibuk menguruskan persiapan anak-anak untuk mendaftar di universiti. Tiada kata yang boleh digambarkan mengenai betapa gembiranya mereka apabila mendapat surat tawaran kemasukan anak ke universiti. Kalau boleh mahu dicanangkan ke seluruh kampung atau daerah.
Begitulah gambaran perasaan gembira ibu bapa. Mereka sanggup bergolok-gadai malah sanggup menyewa kereta untuk menghantar anak-anak ke universiti.
Kebiasaannya di kampung-kampung atau di mana sahaja, ada diadakan juga majlis kesyukuran dan sembahyang hajat untuk menzahirkan kesyukuran. Namun dalam kegembiraan tersebut, kami sekadar ingin mengingatkan bakal mahasiswa di menara gading.
Sebagai bakal mahasiswa dan seorang anak, anda pastinya memikul tanggungjawab yang besar. Satu perkara yang perlu selalu bermain dikotak fikiran anda ialah mengimbangi antara matlamat diri, tanggungjawab dan amanah keluarga.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian apabila secara rasminya menjadi warga kampus yang akan dipanggil siswa dan siswi universiti ialah seperti berikut.
Utamakan cita-cita bukannya cinta
Walaupun cinta itu akan hadir dalam setiap diri manusia terutama golongan remaja, namun anda perlu ingat, apa yang perlu diutamakan. Jika kita mencapai cita-cita dengan kejayaan nescaya cinta juga akan dinikmati dalam masa yang sama atau bakal datang kepada anda.
Jangan kerana terlalu asyik berjumpa 'rakan baru', kita menjadi 'kelabu mata' sehingga lupa cita-cita yang menjadi matlamat asal.
Hapuskan sindrom backbenchers club
Satu sindrom yang menular di kalangan sebahagian pelajar universiti ialah berlumba-lumba datang awal ke kelas. Tetapi bukan untuk duduk di barisan depan sebaliknya berebut-rebut mengisi kerusi di belakang.
Jika anda ingin menumpukan perhatian kepada syarahan, rebutlah kesempatan untuk mengisi ruang di depan kerana penyampaian pensyarah akan dapat dicerap dengan lebih jelas dan tepat jika anda berada lebih hampir dengan beliau.
Jauhi perangai musang, siang mengantuk malam berjaga
Satu tabiat yang agak biasa di kalangan pelajar adalah bersembang dengan rakan-rakan sehingga lewat malam. Tidak cukup dengan itu terdapat juga segelintir yang menyambung tugas untuk 'berperang' atau 'mengatur strategi' dengan bermain permainan komputer.
Akibatnya pasti ada yang terbabas untuk mengikuti kelas di waktu pagi dan ada juga yang "mengangguk-angguk" ketika di dalam kelas. Bukan kerana faham apa yang diajar tetapi mengantuk.
Antara resipi kejayaan seseorang pelajar universiti adalah mereka yang dapat mengikuti setiap syarahan dengan baik dan juga dapat memberi tumpuan ketika di dalam kelas. Kajian menunjukkan pelajar yang berjaga malam gagal mendapat keputusan CGPA yang tinggi.
Sentiasa menjadi rider bukannya passenger
Satu fenomena sejak dulu lagi ialah setiap kali tugasan diberi untuk dibuat pembentangan dan laporan pasti ada yang mengelak. Ramai yang mahu mengambil jawatan sebagai 'penumpang'.
Sebagai mahasiswa alaf baru, fenomena ini perlu diubah kerana seseorang yang berjaya, berkarisma, berketerampilan adalah terdiri dari golongan mahasiswa yang sentiasa menjadi pemimpin atau rider dan bukannya passenger.
Untuk menjadi pemimpin yang hebat di masa depan kita mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan universiti adalah platform yang terbaik untuk mengasah kilauan bakat untuk membuktikan anda adalah pemimpin masa depan.
Bina hubungan positif dengan pensyarah dan rakan-rakan
Jika kita membaca dan mengkaji antara resipi kecemerlangan seseorang pelajar ialah sentiasa berbincang dengan rakan sekelas melalui kumpulan belajar. Sebaik-baiknya tidak melebihi lima orang. Selain daripada itu perbincangan dengan pensyarah juga akan membantu kejayaan kerana pensyarah itulah yang akan memeriksa kertas jawapan peperiksaan.
Oleh itu penting untuk mengetahui dan menyelidik tentang kehendak sesuatu soalan serta cara menjawab. Anda tidak boleh menyusuri kampus seorang diri untuk berjaya sebaliknya perlu berbincang dengan rakan dan pensyarah.

Setelah menjalani kehidupan di kampus nanti jangan lupa sekali-sekala bertanya khabar ayah dan ibu. Jangan hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekadar untuk meminta bantuan tambahan apabila poket hampir kosong. Sedikit pesanan di atas sekadar mengingatkan bakal mahasiswa agar anda tidak 'menghadiri konvokesyen' lebih awal daripada rakan-rakan seperti buah yang gugur sebelum waktunya.
Mengikut statistik, sejumlah 4,800 daripada jumlah kemasukan pelajar setiap tahun gagal menamatkan pengajian atau diberhentikan daripada IPTA sepanjang tempoh 2005 hingga 2008. Walaupun jumlah tersebut dianggap sedikit tetapi ia masih merupakan satu amaran yang jelas kepada anda semua bahawa ramai yang berkorban dan bergantung harap untuk memastikan kejayaan anda terutama ayah dan ibu, saudara-mara dan sahabat-handai.
Kegagalan anda juga merupakan satu kerugian yang besar kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Walaupun negara menghadapi krisis ekonomi namun kerajaan terus komited daripada segi penyediaan bantuan kewangan apabila sejumlah RM3 bilion diperuntukan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Namun begitu, kita percaya dalam diri setiap bakal mahasiswa tidak terlintas akan istilah kegagalan. Bagaimanapun, sedikit kealpaan dan kelalaian akan menghanyutkan anda ke arus kekecewaan.
Seseorang pelajar yang menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di IPTA perlu bermuhasabah diri. Anda perlu menganggap bahawa tawaran tersebut biarpun mungkin bukan pilihan utama tetapi adalah peluang keemasan yang datang sekali seumur hidup.
Oleh kerana masih ramai yang gagal mendapat tempat, hargailah peluang tersebut dengan sebaik mungkin untuk mengangkat taraf hidup diri dan keluarga. Anda perlu sedar akan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Untuk berjaya anda perlu bersedia untuk berkorban, menetapkan matlamat hidup yang jelas, pandai mengurus masa dan pandai membawa diri.
Ibarat pepatah Melayu "adat periuk berkerak, adat lesung berdedak". Untuk berjaya juga pelajar IPTA perlu tabah dan rajin. Jadilah sebagai seorang graduan nanti yang "dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi pepohon yang merendang dan dicampak ke angkasa menjadi bintang yang menyinar" tak kira lah samada anda mengambil Diploma atau Asasi. Sekalung tahniah buat yang berjaya!
Petikan : Utusan Malaysia : Oleh MOHAMMAD ISMAIL dan DR. SHAIFUL ANNUAR KHALID

Thursday, May 21, 2009

Berusaha Untuk Berjaya

Terlebih dahulu syabas diucapkan kepada semua yang berjaya mendapatkan tajaan PILN samada oleh JPA atau MARA. Kepada yang gagal masih ada peluang untuk membuat rayuan. Tidak mengapa kerana masih terdapat banyak lagi biasiswa atau tajaan dari pelbagai syarikat korporat atau badan badan pembiyaan yang lain.Terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan ketelusan kelulusan pembiayaan dari JPA dan MARA, ini memang terjadi apabila kita ada sikap "Who U Know dan Who U Are" mungkin ini tidak adil pada orang lain yang benar benar layak dan memerlukan.

Kepada yang berjaya mendapatkan tajaan JPA dan MARA itu, gunakanlah sebaik mungkin untuk memenuhi amanat yang diberikan.Ini umpama satu amanah oleh pihak kerajaan. Jangan dimungkiri amanah ini. Belajarlah untuk menghargai dengan belajar bersungguh sungguh dan apabila telah berjaya kelak pulanglah segera untuk berkhidmat. Ini kerana wang biasiswa itu adalah wang cukai yang dibayar oleh rakyat. Sesungguhnya anda terpilih untuk berkhidmat dengan masyarakat kelak. Semasa belajar kelak usahlah mencampuri urusan belajar dengan perkara perkara yang meremehkan yangmana akan memudaratkan pengajian. Ingatlah akan amanat yang diberikan. Jika anda mungkir, ianya umpama mensia siakan peluang orang lain.

Untuk mereka yang berjaya ke IPTA, syabas kerana anda juga belajar di tempat yang tiada kurang nya dari universiti luar negara. Semua ini terpulang atas usaha. Jika diberikan tempat belajar yang terbaik tetapi anda tidak berusaha, ia tidak akn memberi apa apa makna. Maka jangan lah rasa rendah diri apabila anda hanya terpilih untuk ke IPTA.

Buat yang memilih atau hanya terpilih ke Matriks...itu bukan lah tempat yang tidak elok,ia umpama tempat untuk kita memulihkan prestasi akademi jika semasa SPM kurang cemerlang.Hanya anda perlu lebih berusaha untuk mendapatkan prestasi lebih tinggi untuk melayakkan anda ke IPTA untuk kursus kursus yang anda minat, malahan peluang untuk ke luar negara juga ada. Buatlah yang terbaik.

Mereka yang memilih untuk terus ke IPTS, itu juga tindakan yang betul.Tetapi pastikan IPTS yang anda pilih memiliki akreditasi kerana tanpanya apa yang kita capai kelak tidak akan diperakui dan menjadi masalah untuk meneruskan pelajaran atau bekerja kelak. Pastikan kursus kursus yang anda ceburi diakaui kelayakan akreditasi nya.

Untuk pelajar yang memilih PRA U ( Tingkatan 6 Rendah/Atas),itu bukan lah masalah. Ini kerana sijil STPM Malaysia adalah yang ke 3 terbaik di dunia. Mungkin pembelajaran semasa PRA U ini agak susah, tetapi jika ada kemahuan tentu ada kejayaan.

Buat mereka yang tidak cemerlang semasa SPM, masukilah pusat pusat pembelajaran teknikal yang banyak di negara ini seperti politeknik, Giat Mara, IKM, IKBN, Kolej Komuniti dll. Semua tempat tempat ini menawarkan kursus kursus teknikal pelbagai bidang. Isi lah diri dengan ilmu ilmu teknikal sebelum anda mula bekerja. Ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk memasuki bidang pekerjaan kelak yang lebih mencabar.

Mereka yang gagal pula, itu bukan penamat kepada diri anda.Anda boleh mencuba sekali lagi mengambil SPM.Kali ini buatlah dengan usaha yang lebih,jadikan SPM yang pertama itu sebagai pembakar semangat. Sesungguhnya usaha itu memainkan peranan yang utama dalam penentuan kejayaan.

Akhirkata, kejayaan dan kegagalan dalam meraih tempat untuk belajar bukanlah penanda aras sebenar kehidupan. Telah terbukti ada yang gagal di peringkat pembelajaran tetapi berjaya dalam kehidupan. Malah ada juga yang cemerlang dalam pelajaran tetapi gagal dalam meneruskan kehidupan. Ini semua adalah atas sikap.Jika sikap untuk berjaya itu kurang,maka kuranglah kejayaan kita. Oleh itu terapkan lah sikap BERUSAHA UNTUK BERJAYA.

Thursday, April 16, 2009

Lepasan SPM perlu buat pilihan tepat

MASIH belum terlambat kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 untuk membuat pilihan tepat dan terbaik ke institusi pengajian tinggi (IPT) idaman mereka. Walaupun permohonan ke IPT awam sudah ditutup, banyak lagi IPT swasta masih membuka permohonan.Apa yang pasti masih ada yang buntu mencorakkan masa depan mereka. Umumnya SPM diumpamakan tiket atau landasan pertama ke menara gading di samping saluran diploma, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan lain-lain lagi.Amat mustahak mereka memilih bidang pengajian di IPT berdasarkan keputusan peperiksaan dan bukan semata-mata minat atau sekadar ingin mencuba nasib dan bersandarkan kecenderungan kepada kursus tertentu yang popular.Ini kerana jika tersalah memilih kursus atau bidang sedangkan kelayakan dan keputusan peperiksaan adalah minimum, peluang untuk mendapat tawaran ke IPT adalah sangat tipis.
Kebiasaannya bidang pengajian atau kursus profesional yang sangat diminati lepasan SPM adalah kedoktoran, kejuruteraan, perundangan, perakaunan dan seni bina yang memerlukan keputusan peperiksaan yang cemerlang.Untuk itu, lepasan SPM perlu bijak memilih bidang atau kursus menepati syarat ditetapkan IPT dan kementerian supaya permohonan dapat diproses dengan sempurna dan peluang mendapat tempat di IPT lebih cerah.Mereka sudah pasti mahu mendapat tempat di IPT yang dipilih dan menerima tawaran kursus atau bidang pengajian diidamkan.Dalam hal ini, ibu bapa dan guru termasuk pelajar sendiri perlu berperanan secara bijak dalam memastikan pilihan sesuatu kursus serta IPT terbaik bagi menjamin kualiti, kepuasan dan pengiktirafan. Ini bagi mengelakkan mereka menghadapi masalah kemudian hari.Mereka harus peka dengan perkembangan, pengemaskinian dan maklumat terbaru berkenaan kursus dan IPT yang dipohon sama ada melalui media cetak, elektronik dan laman web kendalian kementerian serta IPT terbabit.Ketika ini lepasan SPM boleh memilih kursus atau bidang pengajian disediakan di IPT, termasuk peringkat pra, sijil, diploma atau terus ke peringkat ijazah di hampir semua IPT terpilih di seluruh negara di samping beberapa IPT di bawah tajaan dan kelolaan kerajaan negeri.Bagi yang cemerlang, mereka boleh memohon tempat di IPT luar negara, terutama dalam bidang kritikal dan sangat diperlukan seperti sains dan teknologi. Tambahan pula, terdapat banyak agensi kerajaan seperti PTPTN, Mara dan syarikat korporat dan kerajaan negeri yang menyediakan pinjaman serta biasiswa kepada sesiapa yang layak untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.Peluang ini wajar direbut semua lepasan SPM sebagai jaminan pendidikan tinggi sepanjang tempoh pengajian dan salah satu cabang bantuan kewangan mereka ketika di IPT nanti.Lepasan SPM juga perlu berwaspada dengan tawaran dan pujukan beberapa IPT swasta yang tidak mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan kementerian. IPT ini dengan agresif sedang mencari pelajar lepasan SPM di seluruh negara.IPT tidak bertanggungjawab ini hanya memikirkan keuntungan tanpa mementingkan kualiti pengajian, kemudahan pendidikan dan keadaan pembelajaran. Oleh itu, pelajar dan ibu bapa perlu berhati-hati dengan taktik, pujuk rayu dan strategi mereka menarik perhatian lepasan sekolah.Bagi yang tidak berjaya ke IPT, mereka boleh mengambil STPM atau memilih kursus atau bidang disediakan di politeknik, kolej komuniti dan institusi kemahiran lain di seluruh negara.Institusi ini dijamin, dikawal dan diselia kerajaan serta boleh dipercayai kualiti pendidikannya.Jika masih gagal mendapat tempat, itu bukan bermakna satu garis penamat dalam hidup, malahan mereka boleh mencuba sekali lagi menduduki peperiksaan SPM. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.SELAMAT BERJAYA.....

Tuesday, March 31, 2009

Anda Terpilih Untuk Temuduga JPA/MARA?

Jika anda terpilih untuk temuduga pembiayaan biasiswa JPA/MARA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, mungkin anda tertanya-tanya bagaimana kah soalan-soalan yang akan ditanya terhadap anda kelak. Mungkin beberapa himpunan soalan yang dikemukankan terhadap calon-calon tahun 2008 dapat membantu anda untuk membuat persediaan. Dilihat dari apa yang ditanya adalah kebanyakannya berkisar dengan keadaan semasa. Maka perlulah banyak memberikan tumpuan akan keadaan semasa di sekeliling anda. Berikut adalah sebahagian dari soalan-soalan tersebut:-

Question sometime ask during JPA Scholarship’s Interview

1.Yang Dipertuan Agong's name
2.What is JPA
3.prime minister name
4.Prime minister’s father’s name
5.Minister's/Menteri Besar/Chief Minister's/JPA DG Name
6.What do you see yourself doing in 10 years time. What would you contribute to the country
7.Which country would you choose to study oversea? Why?
8.Why do you think you deserve the scholarship?
9.What strength do you have to go study overseas
10.What income do you expect when you graduated
11.what would you do if JPA does not offer you a scholarship
12.name two lines from Rukun Negara
13.Talk about a mistake you made and what you learnt from it
14.Singing of patriotic song (Keranamu Malaysia, Khidmat Negara)

Questions asked during 2008 JPA Scholarship’s Interview

The topics are:-
1.What is Vision 2020 to you? What are the challenges in reaching Vision 2020?
2.Which movie do you like the most and why?
3.why education is important
4.Steven Hawking's "The Brief History of Time"
5.How Malaysians students can do better abroad
6.Malaysia's younger generation prefer to watch entertainment program than to watch serious programs such as news and current affairs
7.Belajar di luar negara memberi kelebihan berbanding belajar di dalam negara.
8.Healthy Lifestyle. Way of promoting healthy lifestyle while studying abroad
9.Rising oil prices is a threat to our country's economy
10.Major achievements and developments of Malaysia from the past 50 over years since
independence
11.What is the best sports achievement in Malaysia
12.PhD Scholars: do they serve purpose for the development of community and country or it is for namesake?
13.Ko-kurikulum sedikit-sebanyak menjejaskan pelajaran. Setuju atau tidak?
14.China and India are rising stars of economy in Asia. Do u agree with that? will this growth help Malaysian economy or pose a threat to the economy? In your opinion, what should be done to improve malaysia's economy to compete with them?
15.Reality TV programme
16.why local graduates can't find job?
17.One thing you wish to change about your school life; what would it be and why
18.Patriotism / How and what should you do to show patriotism
19.Telefon mudah alih-keperluan atau kemewahan / Is mobile phones a necessity or luxury
20.Do you agree that there's been a decline in reading among the young?
21.banyak palajar yang telah dihantar overseas tidak mahu balik ke malaysia untuk kerja selepas graduate. apa langkah yang boleh JPA ambil untuk tarik mereka balik ke msia.
22.How can Malaysian students studying abroad promote Malaysia
23.Do u agree that our education system is too exam-orientated
24.Housewife as the first line in the development of human capital resources.
25.The recent cases of child abduction have increased public awareness on the lack of security in the country.
26.visit malaysia year 2007
27.sekolah kluster / cluster school
28.NAM/ PBB /OIC / ASEAN
29.how to be a good leader
30.Who aspires &inspires you
31.Why government still send students abroad when we Malaysia intend to be an education hub in our region?
32.The secret of success
33.What are your proudest achievements in life to this date
34.Do you think those who got 10 a1 and above should automatically granted a scholarship
35.RMK9 - 9th Malaysia Plan
36.Dewan Rakyat
37.Constitution/Perlembagaan
34. Is money everything?
35. Disadvantage of internet
37. should we have limitation on freedom of expression
38. Suruhanjaya REID
39. How do you describe a developed country? What should be used as an indicator to a developed nation?
40. Proton is our locally produced cars. However, efforts by the government to promote Proton have been deemed a burden to the people. In your opinion, should or should not Proton be manufactured?
41. Children nowadays are spoiled, unruly and indiscipline. Is it true.
42. Palestine-Israel Issue
43. GE 2008
44. Pelan Integriti Nasional
45. Pirated cds affect entertainment industry
46. Benifits of participation of cocuriculum-based activities?
47. Technology is a Double-edged Sword
48. AFTA
49. IMF
50. What type of person do you think JPA is looking for?
51. pada pendapat anda, apakah bidang yang memberi impak terbesar kepada negara?
52. Rules are mend to be broken, Give your opinion
53. Unemployment among graduates.

So, diucapkan Gud Luck dan semoga anda terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di bawah tajaan JPA/MARA untuk 2009.

Wednesday, March 25, 2009

Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!

Tahniah buat yang berjaya dpt result cemerlang baru2 ni...kepada yg kurang cemerlang tak mengapa, masih ada peluang lagi untuk perbetulkan keadaan. Barang sesiapa yang hendak membuat semakan semula kertas sila berbuat sedemikian dalam tempoh sebulan selepas keputusan dikeluarkan. Hari ini keputusan untuk permohonan melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui tajaan MARA dan JPA telah dikeluarkan. Mereka2 yang berjaya dikehendaki menghadirkan diri untuk temuduga seperti tarikh yang telah ditetapkan melalui surat tawaran temuduga.Klik disini untuk mengetahui samada anda berjaya mendapatkan temuduga tersebut.

Tahniah kepada yang berjaya mendapatkan temuduga, kepada yang tidak berjaya tidak mengapa, peluang masih ada, jika tahun ini gagal pastinya tahun hadapan ada. Jika gagal keluar negara, masih ada dalam negara, kursus2 asasi di IPTA dan kursus Matrikulasi. Buat yang terbaik, dapatkan result yg cemerlang semasa di matrikulasi sebab anda boleh memohon tajaan MARA/JPA untuk ke luar negara melalui keputusan matrikulasi.Jangan berdukacita,peluang masih terbuka. Mereka yang berjaya untuk temuduga PILN diwajibkan menduduki ujian khas secara online (klik disini) yang bermula dari 26/03/2009 hingga 06/04/2009 dalam 2 seksyen iaitu seksyen A (245 soalan untuk 60 minit) dan B (282 soalan dalam 75 minit). Jawablah dengan yakin kerana ini adalah penilaian terhadap modal insan yang merangkumiperihal diri,minat dan pengetahuan am.

Semuga anda semua berjaya....Do your bess!!!!!

Monday, February 23, 2009

13 Mac 2009????? Tak lama dh tu

ade yg pnting tu...
elok lh bersedia awal2 lor
buatlh ape yg patot...
mungkin dh bincang dgn yg lain...

kalu dh dpt taw nti
buatlh ape yg patot
utk buat pilihan
mana2 yg disukai

pilihlh yg elok2
yg mana peluang masa nti luas
jgn silap pilih
ikotlh kemampuan diri

tnya pendapat org tua
mereka lbh arif
bawa bincang2
sbb mereka yg nk kuar belanja

kalu dh dpt kemana2
buatlh yg terbaek
jgn disia2kn peluang
kerna masa nti lbh tough

ok lh didoakn yg terbaek
kerna dh taw ape yg diduga
itulh usaha yg dibuat
TAHNIAH!!!!!! akhirnya kamu berjaya....

Wednesday, January 14, 2009

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran. Maka perlu lah umat Islam sejagat menguasai ILMU melalui PENDIDIKAN dan PELAJARAN.....terus dan terus menimba ilmu.

Tuesday, January 13, 2009

PLKN or Working Part Time....

Hye all...fuiyo...so long neber update...reazons???not buzi but nope idea....talking about post exam activities...mostly many of u all r either in a camp (PLKN) or working part time anywhere..
Btw, for those in a camp enjoy the activities...but plz make sure any activities u join....plz takecare urself...reazon? Dont inccured in any accident coz will jeorpadise ur future further study possibility...dont push urself hard as u wont be select as a best PLKN buddies of the year...just to enjoy the activities okay...Part timers....working as a part time worker...any where any place...plz ensure ur rights as a worker is provided by ur employers...1st important thing is any possiblities of having incurred in any accident during or after and in or out of ur working schedule or place, urself is covered by the insurance...insurance coverage normally provided by the employer at their own cost...just check with ur boss...ask him/her...r u covered?If not, make sure they do for u...In all situation according to Malaysia Labour's Law...all employees must be covered with an insurance for any accident inccured during or after working hours...either they are full timer or part timer worker.... (Part time lover does not need an insurance coverage)....hahahahaha...
What is Socso and Perkeso?????Hahahahaha...jgn asyik nk kije jer tanpa tau amenda tu.... Socso stands for?...Ntah tak taw plak....hahahaha...Perkeso plak???Klik ni bc lah yer...kena amik taw semua ni...jgn sronot jer nk kije...nti bila ade maslahah...terkontang kanting...okay guys...just a little chick advise hope is not useless....nti dpt gaji mula bley blanja tak?????simpan jer lah buat tabung Palestine ok...