Public Service Department (PSD) scholarships (also known as Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA) are the most prestigious scholarships offered to Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) candidates in Malaysia. Although it has been years that this scholarship programme is a joint effort by Majlis Amanah Rakyat (MARA) and Jabatan Perkhidmatan Awam, the scholarship offered is still commonly known as the JPA scholarships (Biasiswa JPA) and not MARA scholarships.
Applications for Program Ijazah Luar Negara 2007 can only be done online through www.jpa.gov.my or esila.jpa.gov.my starting on March 12, 2007 (the day SPM 2006 results released). The closing date for applications is 22 March. Scholarship interview short list will be available on 30 March. The interview will be carried out on chosen stations in Malaysia from 3 to 6 April. Scholarship results for Engineering Degree Programme in Japan will be released on mid-April while others programme on mid-May, 2007.
Application criteria for Tajaan JPA/MARA untuk Lepasan SPM di bawah Program Ijazah Luar Negara 2007:
Malaysian citizen (For MARA scholarships, you have to be Malays/Natives)
17 years old (18 years old for pre-Secondary formers, 16 years old for Penilaian Tahap Satu, PTS students) on December 31, 2006
Be healthy (in other words, have no serious health problems)
Get 1A or 2A in the following three subjects:
Malay Language (Bahasa Melayu)
History (Sejarah)
Moral Education (Pendidikan Moral) or Islamic Education (Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah or Pendidikan Syariah Islamiah)For most of the science related courses offered, you have to get a 1A or 2A in Physics (Fizik), Chemistry (Kimia), Biology (Biologi), Modern Mathematics (Matematik Moden), Additional Mathematics (Matematik Tambahan) and English language (Bahasa Inggeris).
Since the criteria or minimum grades for certain courses are slightly different than the others, I suggest you to read Syarat-syarat Permohonan PILN 2007.You are allowed to update your application details thrice only and the latest version of your details will be used. So, you should fill in your online application form carefully. You should also remember to print your application slip which is available only after you have filled up the online application form.
Four documents that I strongly advise all scholarship applicants to read are:
Iklan Permohonan Tajaan PILN 2007
Panduan Permohonan Tajaan PILN 2007
Syarat-syarat Permohonan PILN 2007
Struktur Pengajian Program-program PILN 2007All these documents can be downloaded at esila.jpa.gov.myIf you need technical assistance in your online application process, you can call 03-88853559, 03-88853550 or 03-88853533. This phone assistance is available daily from 8.00 am to 10.00 pm starting on 12 March.
Further enquiry about JPA Sponsorship Programme can be made by calling 03-88853397 from 8.00 am to 5.00 pm or sending an email to esila@jpa.gov.my Meanwhile, for MARA Sponsorship Programme, you can call 03-26915111 (extension 1103, 1107, 1120, 1134, 1155, 3619, 3620 and 3631) from 8.00 am to 5.00 pm or send an email to webmaster@mara.gov.my
If you are shortlisted for JPA scholarship interview, you should bring the actual and verified versions of the following documents along to your interview station:
Identity card
SPM 2006 result slip
Candidate's birth certificate
Parents' birth certificates
School leave certificates
Co-curriculum activity certificates
Parents' salary slips
By the way, our previous posts on JPA Scholarships 2006 at Malaysia Students blog are:
2005 SPM Results – The Numbers Tell the Truth
JPA Scholarship Interview - My Experience
Tough Competition for JPA Scholarships
PSD Scholarships – Disappointments to Most Applicants
All these are similar for those interested for 2009 program.
Pada setiap tahun, kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara di peringkat Ijazah Pertama. Penawaran biasiswa ini diteruskan pada tahun 2008 dengan memberi fokus kepada bidang-bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta bidang Sains Sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara.
Sejajar dengan pelaksanaan RMK9 dan pembangunan modal insan dalam bidang yang terpilih, kerajaan telah menambah bilangan biasiswa sebanyak 200 tempat. Ini menjadikan jumlah keseluruhan bilangan biasiswa yang disediakan bagi tahun 2008 adalah sebanyak 2,000 tempat. Jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan oleh kerajaan bagi membiayai 2,000 pelajar sepanjang tempoh pengajian adalah dianggarkan sebanyak RM 1.74 bilion.
Maklumat dan syarat asas untuk Program Ijazah Luar Negara adalah seperti berikut:
Terbuka untuk calon lepasan SPM yang memperolehi keputusan cemerlang
Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2007
Calon perlu melalui proses temuduga, dan
Calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA.
Kriteria yang digunapakai untuk pemilihan/penawaran biasiswa kerajaan/JPA adalah seperti berikut:
Pencapaian akademik
Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum
Prestasi temuduga, dan
Sosio-ekonomi / Latarbelakang keluarga.
Kaedah permohonan adalah sepenuhnya secara on-line (atas talian) melalui portal www.jpa.gov.my dan tiada sebarang bayaran dikenakan.
Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2008 adalah dibuka khusus kepada lepasan SPM tahun 2007 yang memperolehi keputusan yang cemerlang. Pada tahun 2007, seramai 439,225 orang calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding seramai 438,132 orang pada tahun 2006.
Peningkatan bilangan calon ini dijangka akan menjadikan PILN 2008 lebih kompetitif. Ini kerana pada tahun 2007, JPA telah menerima sebanyak 12,499 permohonan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 746 permohonan diterima daripada kalangan calon yang mendapat keputusan 1A dalam semua matapelajaran SPM tahun 2006.
Setiap tahun PILN menjadi tumpuan banyak pihak sehingga mewujudkan pergantungan harapan yang tinggi terutamanya di kalangan calon dan juga ibu bapa. Dua bidang yang paling popular di kalangan calon ialah Kejuruteraan dan Perubatan. Manakala itu, negara pengajian pilihan oleh majoriti calon/pelajar ialah United Kingdom, Australia dan New Zealand.
Calon-calon dinasihatkan supaya membuat pilihan secara bijak dan memberi perhatian kepada perkara-perkara seperti berikut:
Kriteria pemilihan - peluang adalah lebih tinggi bagi calon yang mendapat gred 1A bagi 9 mata pelajaran dan aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum berbanding dengan calon yang mendapat gred 1A bagi 15 mata pelajaran tetapi tidak aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum;
Kursus/bidang - selain perubatan, terdapat banyak lagi bidang kritikal yang ditaja iaitu Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar. Di samping itu tajaan juga diberikan kepada bidang lain seperti Ekonomi, Senibina dan Perakaunan yang juga amat diperlukan oleh negara dan perkhidmatan awam;
Pilihan kursus – calon hendaklah memilih kursus pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan SPM yang dimiliki
Negara - penetapan negara tempat pengajian adalah menjadi hak JPA/penaja. Calon adalah dinasihatkan agar menerima keputusan penaja kerana apa yang penting adalah matlamat utama iaitu untuk melanjutkan pengajian. Semua kursus di negara-negara yang ditaja oleh JPA adalah of good standing dan diiktiraf. Sebagai contoh pelajar yang bergraduat dalam bidang Perubatan di Indonesia, India dan Rusia akan tetap dilantik sebagai Pegawai Perubatan sepertimana mereka yang bergraduat daripada Ireland atau United Kingdom.
Iklan tawaran akan diisiarkan menerusi portal www.jpa.gov.my dan juga akhbar-akhbar utama tempatan pada 9 hb, 10 hb, 12 hb dan 16 hb Mac 2008 (hampir sama setiap tahun) dan calon perlu merujuk ke portal www.jpa.gov.my untuk mendapatkan butiran tawaran dan syarat kelayakan PILN 2008 yang akan mula dibuka pada 9 Mac 2008.
Permohonan secara atas talian (on-line) boleh dibuat mulai tarikh keputusan SPM 2007 diumumkan secara rasmi.
Mulai tahun 2007, JPA melaksanakan ketetapan bajet untuk memberi pertimbangan khas calon yang cemerlang di dalam SPM dan berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Bagi calon yang mendapat 10 1A dan memenuhi syarat-syarat PILN serta syarat pendapatan keluarga tidak melebihi RM1500 sebulan akan ditawarkan biasiswa secara automatik. Walau bagaimanapun, calon masih perlu mematuhi peraturan dan kriteria PILN dan melalui proses temuduga seperti calon-calon lain.
Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria PILN serta memiliki kelayakan bahasa asing seperti bahasa Jerman, Perancis atau Jepun akan diberi pertimbangan sewajarnya sekiranya memohon program pengajian ke negara-negara berkenaan.
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor akan diadakan pada 24 hingga 28 Mac 2008 di hospital-hospital kerajaan yang akan ditetapkan oleh JPA. Calon yang memohon untuk mengikuti program perubatan adalah diwajibkan menghadiri program ini.
Calon-calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA. Calon juga perlu mencapai had kecemerlangan (cut-off point) yang ditetapkan, rekod kehadiran kelas melebihi 90% dan tidak mempunyai rekod disiplin bagi membolehkan calon diteruskan tajaan ke universiti-universiti di luar negara.
Pemakluman awal ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal calon/pelajar akan senario permohonan, kriteria pemilihan, had penawaran dan saingan serta persediaan yang perlu dihadapi oleh setiap orang calon/pelajar bagi mendapatkan tawaran biasiswa kerajaan yang diuruskan oleh JPA.
Tanggapan umum bahawa prestasi akademik adalah jaminan dan menjadi faktor penentu untuk calon mendapatkan biasiswa khususnya untuk PILN adalah tidak tepat. Harapan JPA adalah agar calon yang tidak berjaya tidak membuat perbandingan dengan calon yang lain dan mempersoalkan kenapa ianya tidak ditawarkan biasiswa atas alasan mencapai prestasi akademik yang cemerlang.
Bersandarkan kepada faktor-faktor seperti bilangan permohonan yang tinggi di kalangan calon yang cemerlang serta bilangan biasiswa yang terhad, JPA berpendapat PILN 2008 akan terus menjadi amat kompetitif. JPA dengan ini menasihatkan calon serta ibu-bapa agar bersedia dan turut berusaha untuk mendapatkan sumber-sumber penajaan yang lain. Di samping itu, calon-calon yang tidak berjaya mendapat biasiswa di bawah PILN masih berpeluang untuk mendapat tajaan JPA di IPT dalam negara.
Maklumat umum berkaitan penawaran biasiswa kerajaan/JPA juga boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-88853412 (5 talian) mulai 10 Mac 2008 ataupun hadir sendiri di kaunter-kaunter Bahagian Latihan, JPA sempena Program JPA Bersama Pelanggan pada setiap hari Jumaat terakhir setiap bulan bertempat di Lobi, Blok C2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Contoh panduan mengisi borang sila layari disini :- http://www.scribd.com/doc/3337955/SamyraPanduan-biasiswa-luar-negeri-JPA
No comments:
Post a Comment