Wednesday, April 2, 2008

Pergi Nya Seorang Ibu....1/4/2008

Alfatihah buat seorang insan yang bergelar IBU.....Semoga roh nya dicucuri rahmat Illahi...Terasa amat sayu sekali apabila dikhabarkan bahawa ibu yang bernama Yusni Jaaafar telah kembali ke rahmatullah pd pagi 1 April 2008. Mula nya dianggap hanyalah satu panggilan April Fool, tetapi setelah diselidiki berita ini benar. Bergenang air mata apabila mengenangkan kembali detik2 yang berlaku dalam hidup beliau sejak kebelakangan ini. Bermacam macam perkara yang berlaku yangmana banyak berkisar mengenai masalah keluarga. Cerita cerita panas berkaitan anak anak beliau dipaparkan di media. Betapa kecil nya hati beliau apabila disisihkan oleh keluarga sehingga terpaksa merempat di rumah2 saudara dan teman2 seperjuangan nya. Mengapakah ini terjadi kepada seorang IBU yang melahirkan anak2 nya berjuang antara hidup dan mati? Besar sangatkah dosa IBU ini sehinggakan dia merajuk membawa hati?Tak dapatkah dimaafkan dosanya itu?Itu lah yang kadangkala terpaksa seorang IBU tanggung semasa hayatnya.Amat beruntung seorang IBU jika semasa tua nya dijagai oleh anak anak nya..Kalu tidak masa kan seorang IBU ini terbiar menyendiri membawa hati yang luka.Apa apa pun semula itu telah berlalu,beliau telah pergi untuk selama nya.Tidak harus ditangisi lagi pemergian nya.Apa yang mesti dilakukan oleh anak anak nya adalah mengingati serta menghadiahkan sebanyak mana mungkin doa doa untuk nya.Ini kerana setiap manusia yang telah mati apa yang dibawa adalah...Pertama sekali adalah Amal Ibadah nya...kedua ialah Sedekah Jariah & Ilmu yang bermanafaat nya dan ketiga adalah doa doa dari anak anak nya..Kalu mungkin beliau kurang di perkara pertama dan kedua..rasanya perkara yang ketiga itu masih dapat diteruskan..Itulah gunanya anak anak...Jika sepanjang hayat IBU,kita tak dapat berbakti kepada nya..inilah masa kita dapat membalas segala jasa IBU....Itu lah IBU, walaupon ramai anak nya tak pernah bersungut utk menjaga mereka, tapi anak yang ramai belum pasti dapat menjaga IBU mereka yang seorang itu. Buat IBU...semoga roh mu dicucuri rahmat Illahi..Buat MAMI...maafkanlah jika ada perkara yang buat dirimu kadangkala berduka dengan sikap ku...

1 comment:

Monitor LCD said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Monitor de LCD, I hope you enjoy. The address is http://monitor-de-lcd.blogspot.com. A hug.