Thursday, April 17, 2008
Wednesday, April 16, 2008
Imaginasi Produktif Menjana Kejayaan...
Secara amnya kita faham apa itu imaginasi. Tetapi bagaimana suatu imaginasi itu boleh dianggap produktif? Apabila ianya menjadi produktif maka ia akan menjana kearah kejayaan. Pernah kah anda didendangkan dengan lagu-lagu seperti Twinkle Twinkle Little Star (lagu kegemaran seseorang apabila diminta menyanyikan satu lagu untuk saya) semasa hendak tidur malam oleh ibubapa atau sesiapa? Mengapa dinyanyikan sewaktu hendak tidur? Hayatilah senikata nya. Anda akan faham. Selain dari nyanyian, ramai juga yang membacakan cerita-cerita khayalan atau fantasi kanak-kanak. Pernah terbaca kisah 1001 malam, yangmana mengisahkan raja yang hampir setiap hari akan membunuh isterinya keesokan hari. Disebabkan kecerdikan seorang puteri ini telah menyebabkan raja tersebut tidak lagi berbuat sedemikian. Hasilnya dari penceritaan kisah pelayaran Aladin setiap malam sewaktu raja itu hendak beradu. Mengapa waktu sebelum tidur itu dipilih? Tahu kah kita bahawa sewaktu hendak memulakan tidur, kita telah membuat seluruh anggota tubuh kita dalam keadaan yang rilek atau berehat. Maksudnya baring dalam keadaan yang selesa tanpa banyak membuat pergerakan fizikal. Tak tahu lah pula jika ada yang ingin memulakan tidur tetapi tangan asyik picit-picit butang handphone untuk ber sms. Kalau yang macam ini sampai besok pagi pun tak akan dapat tidur. Maka mereka ini tergolong dalam specis keluangman atau batman, siang tidur malam kerja. Kalau anda perhatikan mengapa dalam filem Batman asyik-asyik malam ajer yang dia kerja. Tahu kan mengapa? Hahahahaha....saya minat Superman dan Spiderman. Oooooppppsssss jangan marah kalau terasa kerana bukan anda seorang aje begitu tentu ada orang lain seperti anda. Setiap sms yang dihantar tentu ada penerima nya. So bukan anda seorang.
Apabila tubuh anggota sudah dalam keadaan berehat hanya terdapat satu anggota dalam tubuh kita yang belum berehat iaitu otak manusia. Tatkala mata sudah ditutup, otak masih lagi bekerja.Kadangkala kita memikirkan semula apa yang terjadi seharian dalam hidup kita atau apa yang hendak kita lakukan keesokan hari nya. Bila kita memikirkan apa yang hendak kita lakukan keesokan hari nya membawa maksud perancangan atau angan-angan atau imaginasi. Mengapa otak? Sebab otak adalah anggota tubuh manusia yang paling/amat berharga dan penting. Tanpa otak manusia itu tak berguna. Sebab itu jika kita melakukan perkara yang tidak boleh diterima orang atau masuk akal, selalunya orang akan berkata...Engkau takde otak ker? Ha...tahukan betapa pentingnya otak, kerana dalam otak lah terdapatnya akal fikiran. Itu yang membezakan antara manusia dengan haiwan.
Cinta....Tiada Akhirnya....
Thursday, April 10, 2008
Congrats
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Discount Magazine Subscriptions - Save big!
Monday, April 7, 2008
The One
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Discount Magazine Subscriptions - Save big!
Friday, April 4, 2008
Kasih Kan Lah Ibu Bukan Kasari Nya
Kata orang penampilan sahaja tidak cukup jika tidak disertakan dengan nilai-nilai murni dan sikap berhemah.
Saya setuju dengan kata-kata itu. Tambahan pula semua itu patut bermula dari rumah. Ini bermakna rumah adalah tempat paling sesuai memulakan disiplin diri dan peranannya tentu sekali terletak di tangan ibu bapa.
Namun bagaimana perasaan seorang ibu yang telah hilang kudratnya apabila dimarah dan disergah di khalayak oleh anak sendiri?
Inilah kisah yang ingin saya sampaikan. Kisah yang turut melukakan hati saya sebagai anak.
Kisahnya berlaku di sebuah restoran makanan segera.
Ketika masuk ke restoran berkenaan, orang tidak begitu ramai tetapi keadaan agak tenang.
Melihat satu sudut yang agak selesa dan setelah memesan makanan, kami memilih sebuah meja berhampiran pintu, sementara meja di kiri kanan masih kosong.
Tidak lama kemudian berhenti sebuah kereta mewah di hadapan pintu utama. Seorang wanita pertengahan umur bersama seorang warga emas berkerusi roda dan seorang pembantu yang saya pasti warga asing masuk ke restoran tersebut.
Wanita yang berkerusi roda itu pada perkiraan saya berumur lebih 70 tahun. Keadaannya uzur dan wajahnya nampak tidak bermaya. Dia disorong ke meja di sebelah kami. Sepuluh minit kemudian masuk tiga lelaki lalu terus ke meja tersebut. Tidak syak mereka anak-anak wanita tua itu.
Di kaunter pesanan, wanita yang masuk lebih awal bersama wanita tua itu saya lihat memesan makanan dan minuman. Lima minit kemudian dia kembali ke meja.
Sementara pembantu rumah itu pula mula mengeluarkan barang-barang yang dibawa dan diletakkan di atas meja. Antaranya bekas air plastik, bakul ubat, semangkuk bubur dan termos air panas.
Anak perempuan wanita itu kelihatan merungut-rungut. Mungkin meleteri ibunya atau bercerita tentang sesuatu kepada tiga orang saudara lelakinya yang terus mencapai makanan dan memakannya.
Serentak itu, pembantu rumah itu juga mula menyuapkan bubur kepada warga emas tersebut. Sesekali wanita tua itu menepis tidak mahu makan tetapi dipujuk oleh pembantu rumah itu.
Mungkin geram melihat gelagat ibunya, wanita itu berhenti makan. Wajahnya kelihatan marah.
Dengan mulut masih becok berkata-kata, dia menyuap bubur itu bertubi-tubi ke mulut ibunya, tercungap-cungap jadinya wanita itu.
Tidak cukup dengan itu, air pula dituang ke dalam gelas plastik dan dihulurkan dua biji ubat kepada wanita itu dan menyuruhnya telan.
Saya patah selera untuk makan dan memberi perhatian kepada ‘drama’ di depan mata saya itu. Saya perhatikan wanita tua itu terkebil-kebil memandang anaknya seolah-olah minta dikasihani dan jangan memaksa dia berbuat demikian.
Sayang sekali, perasaan si ibu rupanya tidak difahami oleh anak. Mahu tidak mahu ditelan juga ubat itu.
Tidak sampai lima minit terdengar suara seperti orang tercekik, diikuti batuk-batuk yang semakin lama semakin kuat.
Beberapa pelanggan dikeliling berhenti makan dan memerhati ke arah wanita itu dan anak-anaknya.
Sebaik berpusing ke arah mereka, masing-masing berpaling semula dan menutup hidung.
Rupa-rupanya orang itu sudah memuntahkan semua isi perutnya kerana terlalu didesak supaya menelan bubur dan ubat itu. Seketika keadaan di situ menjadi kecoh apabila anak-anaknya mula menengking dan marah-marah.
Perasaan kasihan menyelubungi hati saya namun apa daya hendak menolong. Tumpuan kepada makanan di depan turut terjejas.
Beberapa pelanggan saya lihat mula merungut... keadaan bau juga mula tidak menyenangkan.
Lima minit kemudian, seorang pekerja di restoran itu segera masuk membawa pengelap dan penyapu serta satu baldi air.
Wajah pekerja muda itu juga berkerut-kerut dan hidungnya kembang kempis menahan bau. Dalam masa tidak sampai sepuluh minit saya lihat seorang demi seorang pelanggan keluar meninggalkan restoran tanpa menghabiskan makanan yang masih banyak berbaki. Begitu juga saya, bukan kerana jijik tetapi tidak sampai hati melihat orang tua itu dimarah anak-anaknya. Sayu benar hati saya.
Apa yang saya pelik kenapa orang tua yang uzur itu dibawa ke situ sedangkan sepatutnya dia berehat di rumah dengan selesa.
Kalau ia pun ke klinik untuk rawatan, lebih baik jangan singgah makan di tempat terbuka, beli bungkus dan bawa balik. Ini tidak, dia dipaksa pula makan bubur dan ubat. Anak-anak patut faham ini bukan di rumah. Kalau ia pun sudah sampai masa makan ubat, kenapa tidak diberi sebelum mereka keluar rumah.
Kejadian itu bagi saya satu teladan yang perlu diberi perhatian serius oleh anak-anak.
Tidak salah membawa ibu yang uzur berjalan-jalan untuk mendapatkan udara luar tetapi perlu juga diingat jangan sekali-kali membebankan minda mereka dengan perkara yang bukan-bukan.
Lebih baik bawa mereka ke taman-taman dan pusat rekreasi untuk bersenam atau terapi daripada mengheret mereka ke restoran segera yang tentunya bukan tempat sesuai untuk mereka.
Ralat benar hati saya hari itu. Sedih apabila melihat seorang ibu tua yang uzur dimarah oleh anak-anaknya dengan kata-kata kesat. Tersentuh hati saya melihat mata kuyu wanita tua itu semasa dimarah-marah oleh anak-anaknya. Hingga ke saat ini masih terbayang di mata saya bagaimana muramnya wajah wanita tua itu diperlakukan begitu.
Tanpa meminta maaf kepada sesiapa, anak perempuan wanita tua itu menyorong ibunya keluar dari restoran tersebut.
Di dalam restoran, suasana makin sepi. Yang tinggal hanya pekerja yang ditugaskan membersihkan tumpahan makanan ibu tua tadi. Kasihan dia...
Saya tidak menafikan gaya hidup boleh diamal, tetapi pastikan ia tidak melanggar batas kasih sayang dan hormat kita kepada orang tua khasnya ibu bapa apabila berada di khalayak.
Ingatlah, sebesar mana sekalipun kesilapan ibu bapa, abaikan, maafkan mereka dan berdoa selalu minta mereka dilindungi daripada apa juga bahaya.
Menjaga ibu uzur besar pahalanya tidak terkira ganjaran yang Allah S.W.T akan berikan. Jangan sakiti hati mereka, jangan biarkan air mata mereka menitis sebaiknya gembirakan mereka selagi hayatnya ada.
Menutup catatan, saya selitkan pesanan telus untuk renungan bersama: Seorang ibu yang melihat anaknya terjatuh tidak akan menangis tetapi akan segera membalut luka anaknya itu supaya anak tersebut tidak akan merasa sakit.
Mengingatkan diri saya dan anda juga, marilah kita berdoa tanpa jemu agar kedua ibu bapa kita sentiasa di dalam kesejahteraan di dunia dan akhirat.
“Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku serta rahmatilah (peliharalah) kedua-duanya seperti mana mereka memelihara aku sewaktu aku kecil.’’ Amin.