Monday, September 17, 2007

Pembedahan Tonsil

Tonsil merupakan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak, ia berfungsi sebagai penuras kuman semasa pernafasan. Sesetengah individu boleh menghadapi infeksi tonsil yang berulang dan teruk.
Jika ia memberi masalah kepada individu tersebut, tonsil itu boleh dibuang melalui pembedahan tonsilektomi. Indikasi lain untuk pembuangan tonsil ialah saiz tonsil yang besar yang membawa kepada masalah berdengkur dan jika tonsil itu menghadapi kanser.
Pembedahan tonsil mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit dan tidak begitu rumit. Pembedahan akan dilakukan setelah pesakit dibius sepenuhnya dan pesakit tidak akan tahu apa-apa semasa pembedahan.
Setelah bius diberikan, mulut pesakit akan dibuka mengunakan alat yang dinamakan retractor. Pembedahan dilakukan melalui ruang mulut sahaja, tiada apa-apa pemotongan akan dilakukan di mana-mana bahagian kulit luar.
Semasa pengeluaran tonsil, akan ada sedikit sebanyak pendarahan yang selalunya dapat diberhentikan dengan kaedah diatermi.
Diatermi merujuk kepada penghasilan haba pada suatu bahagian tubuh melalui arus elektrik berfrekuensi tinggi yang dipasangkan pada kulit pesakit, terletak antara dua elektrod.
Sebelum mengeluarkan alat retractor, pakar bedah akan memastikan tiada pendarahan lagi dari kawasan pembedahan. Selepas pembedahan pesakit akan diberikan ubat penahan sakit dan kadangkala ubat semburan tekak dan ubat kumur tekak.
Beberapa hari yang pertama pesakit mungkin akan mengalami rasa sakit yang akan menyusahkan proses penelanan. Pesakit dinasihatkan memakan makanan-makanan yang lembut dan sejuk.
Makanan yang pedas juga patut dielakan. Pesakit harus minum lebih banyak air ataupun minuman sejuk. Pesakit juga harus digalakkan bercakap.
Proses penelanan dan percakapan akan membolehkan pergerakan otot-otot di bahagian tekak berfungsi sepenuhnya dan ini akan membolehkan proses penyembuhan di kawasan pembedahan berlaku dengan lebih cepat, justeru rasa sakit akan berkurangan dengan lebih awal.
Proses pemulihan akan mengambil masa lebih kurang satu hingga dua minggu. Proses pemulihan ini boleh berlaku lebih awal lagi jika petua-petua yang saya sebutkan tadi diikuti.

Untuk makluman, pesakit-pesakit yang berada di bawah jagaan saya tidak pernah mengalami sebarang masalah semasa mahupun selepas pembedahan ini. Jadi, usahlah risau.
Disediakan oleh Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Selangor, Dr. Loganathan Athanari.

6 comments:

devilNH said...

how much cost to undergo this simple surgery? if we do it in public hospital and private....

Lynnaumairah said...

Heloo Dr .... I had tonsillitis .... quite big ... I never met with an expert ear and mouth kat Hospitar KT but no injuries in the voice box ... Should I check the same as my tonsils just like before

aizamia3 said...

baru search dan jumpa entry ni..

anak saya akan menjalani pembedahan pada 01/08/11 ni.. moga berjaya hendakNYA..

Mr. Too Koo said...

saya baru sahaja menjalani pembedahan dengan dr.loga di demc....

mula2 mmg sakit untuk mkn...dah seminggu okla sikit....kene kuat smgt...cayok2 bagi sesiapa yang akan menjalani pembedahan...

Pen Biru said...

Doc..saya mengalami tonsil hampir 5 tahun. dan saiznya sekarang hampir sebesar bola pingpong bila bengkak..adakah ini berbahaya..actually saya takut nak operate

emey said...

hai dr..sy bru 3 mgu menjalani pmbdhn tonsil..semasa pmbdhan d lakukan ada bleeding yg x henti2...so d bhgian kiri tonsel terpksa d jahit...tetapi slps 3 mgu tiba2 bks jahitan tu berdarah tetapi x byk,,apa kah mslh yg mybbkn ia terjadi