Monday, November 23, 2009

Musim Cuti Akan Lebih Bermakna Jika....


Assalamualaikum wrt.
Semoga semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu. =)
Tulisan seorang teman dari Moscow, moga dapat bersama dimanfaatkan.
(Ditulis di atas soalan seorang sahabat (“Kenapa orang yang belum Islam lebih berjaya dari orang islam? “)
Mengimbas masa lalu…
“Pernah dengar cerita tikus kampung dan tikus bandar? ““Tak pernah.Mak tau ke?”“Mestila mak tau. Biar mak cerita, Aimi dengar betul-betul ya..,”“Ada seekor tikus yang tinggal di kawasan kampung…,”“Mak..tikus cuma ada dekat Malaysia je ke?,”“Taklah, semua negara ada tikus,”“Dekat negara musim sejuk?,”“Pun ada tikus juga..,”“Macam mana tikus tu hidup?,”“Setiap kali seelum musim sejuk tiba, tikus-tikus ni akan keluar mencari makanan dan diorang cari banyak-banyak supaya masa musim sejuk diorang tak kelaparan,”“Oo jadi masa musim sejuk dia dah tak keluar la?,”“Tak, sebab dia dah bersedia. Nanti kalau keluar nanti dia akan mati kesejukan,”“Wah, pandainya tikus tu,”“Sebab tu masa Aimi senang kena beringat untuk masa susah akan datang,”
***
Dan cerita tentang tikus kampung dan tikus bandar tidak sempat diceritakan.Saya cuma mengetahuinya dari sebuah buku yang dipinjam dari kawan.
Musim cuti sudah bermula,dan musim periksa sudah berakhir.Dan musim cuti ini bakal berakhir dan digantikan dengan musim semester baru yang juga akan berakhir dengan musim peperiksaan dan seterusnya.Ya, inilah hidup seorang pelajar.Sehinggalah bila ada segulung ijazah ditangan, musim periksa belum berakhir lagi, ya, tidak berakhir.Mungkin tidak diduduki secara ‘formal’ tetapi ‘periksa’ dan ‘ujian’ dari kehidupan sebenar pula.Dan cabaran ini lebih hebat.Kerana menentukan kegagalan dan keberjayaan dalam hidup, dalam lingkungan masyarakat.
Dan musim periksa yang berakhir memperlihatkan saya dengan pelbagai reaksi dari rakan-rakan. Ada yang gembira, ada yang sedih, tidak kurang juga ada yang tidak rasa apa-apa, sekadar lepas sudah kira beruntung.
Bagi mereka yang benar-benar berusaha dan tidak berjaya, tidak mengapa.Masanya belum tiba.Percayalah dan yakini DIA. Hidup bukan di sini sahaja, dan DIa leih tahu dari kita. Dan bagi yang rasa cukup dengan markah yang ada, dan berasa selesa di takuk lama, sampai bila mahu begitu? sudah tiba masa untuk berusaha lebih sedikit.Untuk berkorban masa bermain.Dan bagi mereka yang berjaya, tahniah, dan kejayaan bukan sekadar satu nkmat untuk disyukuri, tetapi juga ujian untuk diingati.
Kata seorang rakan, ini Russia, tidak boleh diukur melalui tinggi rendahnya nilai markah, sekadar bergantung nasib soalan yang baik, guru yang pemurah.Bagi yang bernasib baik sedikit, mudahnya mereka melalui, dan bagi yang kurang bernasib baik, terkena guru yang sedikit cemis, gelap dan tekanan sungguh rasa dewan periksa.
Kata seorang rakan lain, ini Russia, pasti akan ‘pass’ dalam exam. Sekali mungkin tidak lepas, atau dua kali, tapi masuk kali ketiga ‘confirm’ markah 3 diberi percuma.Ya.saya pernah juga dengar dari senior.
Memang tiada tekanan di sini. Di sini bukan ‘exam oriented’. kamu mahu atau tidak mahu belajar sahaja.Markah di buku sekadar penilaian mata kasar, tapi yang perlu, ilmu itu, ilmu yang kamu pelajari itu, masukkah di dalam dada?, berkatkah untuk bertahan lama untuk dibawa ke ‘periksa’ nanti?
Nah, semua orang mahu berjaya.Tapi bukan semua yang berjaya betul-betul mahu berusaha.
Dan musim cuti yang bermula ini, tidak salah kiranya, dibelek dibawa bersama nota-nota lecture. Musim cuti bukan bermakna berhenti dan bercuti dari membaca, tetapi bermakna adalah musim untuk bersedia, bersedia untuk periksa yang seterusnya.
Dan bila semester baru dibuka, sebelum rasa sengsara dan tekanan membaca ketika masa periksa apa lah salahnya jika masa hujung minggu itu, digunakan untuk membaca dan membuat nota-nota. Bukankah antara ciri-ciri orang yang berjaya adalah orang yang meninggalkan perkara sia-sia?
Dan ALLAH menciptakan makhluknya bukanlah sekadar untuk bermain-main.
***
Ayuh kawan-kawan,jangan terpedaya dengan warna dan haruman musim bunga,kerana kau harus mengutip bekalanuntuk musim dingin,Agar nanti bila angin kencang ertiupkau dapat berdiri teguh merentang angin.
Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.
Surah Muhammad, 47:36.
Wallahu a’lam.