Wednesday, April 16, 2008

Imaginasi Produktif Menjana Kejayaan...

Imaginasi adalah suatu tingkahlaku tanpa pergerakan fizikal. Suatu perkara yang selalunya memerlukan penggunaan akal fikiran atau minda manusia. Dalam ertikata yang mudah, imaginasi dikaitkan dengan perkataan angan-angan. Apa pula itu angan-angan? Kalau difikirkan (jangan semak Kamus Dewan Bahasa & Pustaka) ianya adalah sesuatu keinginan tahap tinggi yang setiap manusia mahu ianya terjadi dalam hidup mereka. Sesiapa saja boleh berangan-angan, tetapi macam mana ingin merealisasikan angan-angan itu saja yang kadangkala tidak ditemui cara nya. Berpatah balik ke imaginasi (perkataan lebih canggih untuk angan-angan sebab perkataan angan-angan seperti tidak membawa kita ke mana-mana...macam orang selalu kata angan-angan Mat Jenin- membawa erti negetif).

Secara amnya kita faham apa itu imaginasi. Tetapi bagaimana suatu imaginasi itu boleh dianggap produktif? Apabila ianya menjadi produktif maka ia akan menjana kearah kejayaan. Pernah kah anda didendangkan dengan lagu-lagu seperti Twinkle Twinkle Little Star (lagu kegemaran seseorang apabila diminta menyanyikan satu lagu untuk saya) semasa hendak tidur malam oleh ibubapa atau sesiapa? Mengapa dinyanyikan sewaktu hendak tidur? Hayatilah senikata nya. Anda akan faham. Selain dari nyanyian, ramai juga yang membacakan cerita-cerita khayalan atau fantasi kanak-kanak. Pernah terbaca kisah 1001 malam, yangmana mengisahkan raja yang hampir setiap hari akan membunuh isterinya keesokan hari. Disebabkan kecerdikan seorang puteri ini telah menyebabkan raja tersebut tidak lagi berbuat sedemikian. Hasilnya dari penceritaan kisah pelayaran Aladin setiap malam sewaktu raja itu hendak beradu. Mengapa waktu sebelum tidur itu dipilih? Tahu kah kita bahawa sewaktu hendak memulakan tidur, kita telah membuat seluruh anggota tubuh kita dalam keadaan yang rilek atau berehat. Maksudnya baring dalam keadaan yang selesa tanpa banyak membuat pergerakan fizikal. Tak tahu lah pula jika ada yang ingin memulakan tidur tetapi tangan asyik picit-picit butang handphone untuk ber sms. Kalau yang macam ini sampai besok pagi pun tak akan dapat tidur. Maka mereka ini tergolong dalam specis keluangman atau batman, siang tidur malam kerja. Kalau anda perhatikan mengapa dalam filem Batman asyik-asyik malam ajer yang dia kerja. Tahu kan mengapa? Hahahahaha....saya minat Superman dan Spiderman. Oooooppppsssss jangan marah kalau terasa kerana bukan anda seorang aje begitu tentu ada orang lain seperti anda. Setiap sms yang dihantar tentu ada penerima nya. So bukan anda seorang.


Apabila tubuh anggota sudah dalam keadaan berehat hanya terdapat satu anggota dalam tubuh kita yang belum berehat iaitu otak manusia. Tatkala mata sudah ditutup, otak masih lagi bekerja.Kadangkala kita memikirkan semula apa yang terjadi seharian dalam hidup kita atau apa yang hendak kita lakukan keesokan hari nya. Bila kita memikirkan apa yang hendak kita lakukan keesokan hari nya membawa maksud perancangan atau angan-angan atau imaginasi. Mengapa otak? Sebab otak adalah anggota tubuh manusia yang paling/amat berharga dan penting. Tanpa otak manusia itu tak berguna. Sebab itu jika kita melakukan perkara yang tidak boleh diterima orang atau masuk akal, selalunya orang akan berkata...Engkau takde otak ker? Ha...tahukan betapa pentingnya otak, kerana dalam otak lah terdapatnya akal fikiran. Itu yang membezakan antara manusia dengan haiwan.


Jadi bagaimana otak/akal fikiran dan diwaktu mana ianya begitu berfungsi? Dah tentu nya di waktu bermulanya tidur di waktu malam. Maka adalah disarankan agar semasa itu kita akan berimaginasi tentang apa yang kita hendak. Umpamanya kita hendak dapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan maka katakan lah atau ucapkan lah "Aku nak dapatkan keputusan yang baik dalam SPM 2008" berulangkali dan setiap malam. Tahu kenapa? Kerana ianya adalah umpama doa yang kita pinta, sebab itu digalakkan membaca seberapa banyak doa sebelum kita tidur. Itulah yang dinamakan imaginasi produktif yangmana akan menjana kearah kejayaan.Maka itulah digalakkan membaca doa tidur,hayati isikandungan doa tersebut.Jadi gunakanlah waktu malam itu sebaik mungkin untuk tidur dan jangan gunakan waktu malam untuk tidur itu kepada perkara yang merugikan.Itu lah yang dilecturekan oleh my prof semalam,walaupun bosan pada mulanya tapi ada juga ilmu yang dapat dimanafaatkan. Sabda beliau, "Adalah rugi kepada mereka-mereka yang tidak/kurang tidur malam untuk kerja-kerja yang tidak bermanafaat".Jom....saya nak tidur....nak mimpi/imaginasi/angan-angankan Puteri Balkish ku.....Salam.

No comments: