Thursday, May 21, 2009

Berusaha Untuk Berjaya

Terlebih dahulu syabas diucapkan kepada semua yang berjaya mendapatkan tajaan PILN samada oleh JPA atau MARA. Kepada yang gagal masih ada peluang untuk membuat rayuan. Tidak mengapa kerana masih terdapat banyak lagi biasiswa atau tajaan dari pelbagai syarikat korporat atau badan badan pembiyaan yang lain.Terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan ketelusan kelulusan pembiayaan dari JPA dan MARA, ini memang terjadi apabila kita ada sikap "Who U Know dan Who U Are" mungkin ini tidak adil pada orang lain yang benar benar layak dan memerlukan.

Kepada yang berjaya mendapatkan tajaan JPA dan MARA itu, gunakanlah sebaik mungkin untuk memenuhi amanat yang diberikan.Ini umpama satu amanah oleh pihak kerajaan. Jangan dimungkiri amanah ini. Belajarlah untuk menghargai dengan belajar bersungguh sungguh dan apabila telah berjaya kelak pulanglah segera untuk berkhidmat. Ini kerana wang biasiswa itu adalah wang cukai yang dibayar oleh rakyat. Sesungguhnya anda terpilih untuk berkhidmat dengan masyarakat kelak. Semasa belajar kelak usahlah mencampuri urusan belajar dengan perkara perkara yang meremehkan yangmana akan memudaratkan pengajian. Ingatlah akan amanat yang diberikan. Jika anda mungkir, ianya umpama mensia siakan peluang orang lain.

Untuk mereka yang berjaya ke IPTA, syabas kerana anda juga belajar di tempat yang tiada kurang nya dari universiti luar negara. Semua ini terpulang atas usaha. Jika diberikan tempat belajar yang terbaik tetapi anda tidak berusaha, ia tidak akn memberi apa apa makna. Maka jangan lah rasa rendah diri apabila anda hanya terpilih untuk ke IPTA.

Buat yang memilih atau hanya terpilih ke Matriks...itu bukan lah tempat yang tidak elok,ia umpama tempat untuk kita memulihkan prestasi akademi jika semasa SPM kurang cemerlang.Hanya anda perlu lebih berusaha untuk mendapatkan prestasi lebih tinggi untuk melayakkan anda ke IPTA untuk kursus kursus yang anda minat, malahan peluang untuk ke luar negara juga ada. Buatlah yang terbaik.

Mereka yang memilih untuk terus ke IPTS, itu juga tindakan yang betul.Tetapi pastikan IPTS yang anda pilih memiliki akreditasi kerana tanpanya apa yang kita capai kelak tidak akan diperakui dan menjadi masalah untuk meneruskan pelajaran atau bekerja kelak. Pastikan kursus kursus yang anda ceburi diakaui kelayakan akreditasi nya.

Untuk pelajar yang memilih PRA U ( Tingkatan 6 Rendah/Atas),itu bukan lah masalah. Ini kerana sijil STPM Malaysia adalah yang ke 3 terbaik di dunia. Mungkin pembelajaran semasa PRA U ini agak susah, tetapi jika ada kemahuan tentu ada kejayaan.

Buat mereka yang tidak cemerlang semasa SPM, masukilah pusat pusat pembelajaran teknikal yang banyak di negara ini seperti politeknik, Giat Mara, IKM, IKBN, Kolej Komuniti dll. Semua tempat tempat ini menawarkan kursus kursus teknikal pelbagai bidang. Isi lah diri dengan ilmu ilmu teknikal sebelum anda mula bekerja. Ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk memasuki bidang pekerjaan kelak yang lebih mencabar.

Mereka yang gagal pula, itu bukan penamat kepada diri anda.Anda boleh mencuba sekali lagi mengambil SPM.Kali ini buatlah dengan usaha yang lebih,jadikan SPM yang pertama itu sebagai pembakar semangat. Sesungguhnya usaha itu memainkan peranan yang utama dalam penentuan kejayaan.

Akhirkata, kejayaan dan kegagalan dalam meraih tempat untuk belajar bukanlah penanda aras sebenar kehidupan. Telah terbukti ada yang gagal di peringkat pembelajaran tetapi berjaya dalam kehidupan. Malah ada juga yang cemerlang dalam pelajaran tetapi gagal dalam meneruskan kehidupan. Ini semua adalah atas sikap.Jika sikap untuk berjaya itu kurang,maka kuranglah kejayaan kita. Oleh itu terapkan lah sikap BERUSAHA UNTUK BERJAYA.